MAIS RAI MANTAN ANGGOTA MAIS, ANGGOTA JAWATANKUASA MAIS, ALP/ALPA DALAM MAJLIS BAKTI DISANJUNG BUDI
MAIS RAI MANTAN ANGGOTA MAIS, ANGGOTA JAWATANKUASA MAIS, ALP/ALPA DALAM MAJLIS BAKTI DISANJUNG BUDI
SHAH ALAM, 8 Mac – Majlis Bakti Disanjung Budi Dijunjung Anggota MAIS, Anggota Jawatankuasa MAIS, ALP/ALPA, Agensi dan Anak Syarikat MAIS disambut meriah dengan kehadiran mantan Anggota MAIS yang diraikan bersama anggota MAIS, Agensi, Jabatan- Jabatan Hal Ehwal Islam Selangor, Anak Syarikat MAIS dan pengurusan tertinggi MAIS.
Â
Majlis yang diadakan merupakan majlis penghargaan bertujuan bagi meraikan jasa dan pengorbanan Mantan Anggota MAIS, Anggota Jawatankuasa MAIS serta Ahli Lembaga Pengarah dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Agensi dan Anak Syarikat MAIS yang sebelum ini telah banyak menabur bakti sepanjang berkhidmat bagi tempoh lantikan sesi 2021 hingga 2023.
Â
Seramai 71 orang yang diraikan termasuk Anggota MAIS sesi 2021-2023, Anggota ALP/ALPA dan Ahli Jawatankuasa MAIS sesi 2021-2023.
Â
Sementara itu, YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi MAIS dalam ucapannya berkata, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada Anggota MAIS, Anggota Jawatankuasa MAIS serta Ahli Lembaga Pengarah dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Agensi dan Anak Syarikat MAIS yang telah banyak memberikan sumbangan dan buah fikiran kepada MAIS terutama dalam pengurusan pentadbiran Agama Islam.
Â
“Terima kasih kepada semua Anggota MAIS, Anggota Jawatankuasa MAIS serta Ahli Lembaga Pengarah dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Agensi dan Anak Syarikat MAIS yang telah banyak membantu dan memberikan sumbangan buah fikiran dalam memertabatkan syiar agama Islam khususnya di Negeri Selangor.
Â
“Sesungguhnya usaha dan pengorbanan Yang Amat Dihormati Tengku dan Yang Berbahagia Dato’-Dato’ adalah sangat bermakna untuk MAIS menjadi lebih baik pada masa akan datang,”katanya.
Turut hadir ialah Yang Amat Dihormati Dato’ Haji Emran bin Haji Kadir, Timbalan Pengerusi MAIS dan Dr. Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS.
Â
Shah Alam, 6 Feb – Program Coffee Talk diadakan antara...
KUALA LUMPUR, 4 Februari- Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui...
Peruntukan mengenai punca kuasa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) ke...
SHAH ALAM, 25 Januari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
Shah Alam, 23 Januari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...