MAIS RAI 117 KONTINJEN SELANGOR, NAIB JUARA KESELURUHAN IJPAM 2023

MAIS RAI 117 KONTINJEN SELANGOR, NAIB JUARA KESELURUHAN IJPAM 2023

399917021 718505683527967 729763760406135237 n
SHAH ALAM, 6 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini meraikan 117 Kontinjen Selangor termasuk urusetia yang meraih Naib Juara dalam Kejohanan Ijtimak Perdana Agensi Agama Seluruh Malaysia (IJPAM) 2023.
 
Majlis Penghargaan Kontinjen Selangor IJPAM 2023, anjuran MAIS ini diadakan bertujuan untuk meraikan kesungguhan Kontinjen Selangor yang telah menyertai IJPAM 2023 serta mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara MAIS bersama Jabatan-Jabatan Hal Ehwal Islam Selangor dan agensi di bawah MAIS.
 
Antara Kontinjen Selangor yang diraikan terdiri dari pegawai MAIS seramai 6 orang, pegawai JAIS seramai 97 orang, pegawai Jabatan Mufti Selangor seramai 3 orang, pegawai Jabatan Kehakiman Syariah Selangor seramai 2 orang dan pegawai dari Lembaga Zakat Selangor seramai 9 orang.
 
Majlis dirasmikan oleh YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi MAIS. Dalam ucapannya, beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua Kontinjen Selangor yang terlibat dalam kejohanan yang dipertandingkan.
“Semoga kejohanan sukan ini dapat menghasilkan sesuatu yang positif dikalangan warga kerja MAIS, Jabatan Hal Ehwal Islam Selangor, agensi dan anak syarikat demi memacu kecemerlangan hal ehwal Islam di Negeri Selangor,” katanya.
 
Turut hadir dalam majlis ini ialah Sahibus Saadah Dato’ Mohd Shahzihan Ahmad, Pengarah JAIS; Tuan Zainor Rashid bin Hassin, Ketua Pendakwa Syarie, Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor dan Dr Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS.
 

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor