MAIS SERTAI MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA MENANGANI GEJALA SOSIAL
MAIS SERTAI MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA MENANGANI GEJALA SOSIAL
PUTRAJAYA, 8 November — Jabatan Kemajuan Islam Malaysia telah menjemput Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang diwakili oleh Ustaz Suhaimi Ismail, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS di Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Menangani Gejala Sosial bagi membentangkan Kertas Makluman Inisiatif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi menangani gegala sosial.
Â
Mesyuarat turut dihadiri oleh wakil Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri (JAIN) dan Majlis Agama Islam Selangor Negeri-Negeri (MAIN).
Â
Objektif mesyuarat adalah merancang dan menyelaras pelaksanaan strategi antara JAKIM, JAIN dan MAIN bagi menangani gejala sosial di kalangan masyarakat Islam di seluruh negeri.
Â
Memudahkan penyampaian maklumat serta dapat mencegah kepada mereka yang berisiko untuk terlibat dengan gejala sosial, serta program bimbingan dan pemulihan kepada komuniti yang terlibat dengan gejala sosial.
Â
Selain itu, melalui medium ini dapat menjadi platform penyelarasan program dan tindakan menangani gejala sosial yang perlu dilaporkan kepada Jawatankuasa Pelaksaan Pelan Tindakan Sosial Islam.
Â
Turut hadir wakil-wakil dari JAKIM, JAIN, MAIN dan Pn. Norzaihan Mohd Zain, Timbalan Setiusaha (Operasi) MAIS.
Â
SHAH ALAM, 3 Mac – Pengerusi MAIS, YAD Senator Dato...
SHAH ALAM, 3 Mac–Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), YAD...
SHAH ALAM, 28 Februari – Majlis Perpisahan Pengerusi Majlis Agama...
SHAH ALAM, 24 Februari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
SHAH ALAM, 21 Februari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...