MAIS JOHAN KEJOHANAN MEMANAH SUKAN MAIS 2023

MAIS JOHAN KEJOHANAN MEMANAH SUKAN MAIS 2023

392766403 705605394817996 8724875851183649247 n
SHAH ALAM, 14 Oktober 2023 – Kontinjen Memanah Lelaki dan Wanita daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah berjaya memenangi pingat emas dan seterusnya menjadi Johan dalam Kejohanan Memanah Sukan MAIS tahun 2023 di Dayakboi Playground, Shah Alam hari ini.
 
Kejohanan Memanah anjuran Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) ini melibatkan tujuh (7) penyertaan terdiri daripada MAIS serta agensi dan anak syarikat MAIS. Selain itu, kejohanan ini juga disertai oleh 25 buah Rumah Anak Yatim di bawah seliaan YIDE.
 
Dalam kejohanan tersebut turut diadakan Majlis Perasmian yang telah disempurnakan oleh Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof, Pengerusi MAIS.
 
Turut hadir dalam Majlis Perasmian tersebut ialah Tan Sri Mazlan bin Mansor, Pengerusi YIDE; Dr. Haji Ahmad Shahir bin Makhtar, Setiausaha MAIS; Mohd Sabirin bin Mohd Sarbini, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor; Nur Mohd Razali bin Abdullah, Pengurus Besar YIDE; Mohd Hasnul Redza bin Abdul Rahim, Pengurus Besar Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd; Mohd Nuri bin Abdul Aziz, Pengurus Besar Bakti Suci Holding Sdn Bhd dan Mohd Hafiz bin Bahari, Pengurus di Perbadanan Wakaf Selangor.
 
Sukan MAIS yang dianjurkan pada tahun 2023 diadakan secara penggiliran dengan melibatkan penglibatan pengacaraan semua agensi dan anak syarikat MAIS. Antara sukan lain yang dipertandingkan ialah sukan bowling, badminton, futsal, memancing, kayak dan sukan dalaman.
 

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor