SEMINAR FARAID INSTRUMEN PENGURUSAN HARTA DALAM ISLAM

SEMINAR FARAID INSTRUMEN PENGURUSAN HARTA DALAM ISLAM

391665340 706645968047272 249007373364571351 n
Sabak Bernam, 12 Oktober – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Sektor Baitulmal telah dijemput hadir sebagai penceramah bagi memberi ceramah berkenaan Faraid Instrumen Pengurusan Harta Dalam Islam anjuran Politeknik Sabak Bernam.
 
Program ini dihadiri seramai 120 orang Fakulti Perdagangan Jurusan Perbankan Islam hadir mendengarkan perkongsian yang diberikan.
Objektif utama seminar ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman berkaitan ilmu faraid sebagai satu kaedah pengurusan harta pusaka yang terbaik.
 
Pihak MAIS yang diwakili oleh Ustaz Hj. Mohammad Salleh bin Abdul Saha, Ketua Bahagian Dakwah dan Pemasaran MAIS telah menyampaikan informasi berkenaan topik yang diberi.
 
Turut hadir bersama En Mohd Azmi Bin Mh Busra – Ketua jabatan Perdagangan dan En Mohd Fakhrurrazi Bin Awang @ Ghazali – Penolong Ketua Jabatan Perdagangan.
 
Semoga dengan perkongsian dan perbincangan ini akan dapat membantu memberi pendedahan dan kesedaran berkaitan pengurusan harta serta mendidik untuk membuat perancangan harta semasa hidup.
 
Rancang & urus pembahagian harta anda bersama Baitulmal MAIS. Sila layari pautan dibawah untuk permohonan wasiat atau hibah dengan lebih mudah dan pantas secara atas talian :
 
Info lanjut, sila layari:

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor