[rank_math_breadcrumb]

BAITUL ISLAH MAIS TERIMA KUNJUNGAN JABATAN KESIHATAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA

BAITUL ISLAH MAIS TERIMA KUNJUNGAN JABATAN KESIHATAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA

SERENDAH, 25 September – Pusat Pemulihan Baitul Islah MAIS berbesar hati menerima kunjungan daripada Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Dan Putrajaya yang diketuai oleh Dr. Raudah Abdul Rahman (Ketua Penolong Pengarah Kanan merangkap Ketua Lawatan).
 
Kunjungan lawatan disambut penuh mesra oleh Ustaz Fadzirul Akmal Mohd Sharif, Penguasa Pusat Pemulihan Baitul Islah dan Ustaz Rose Efendi Marjumat, Eksekutif Pusat Pemulihan Baitul Islah.
 
Selain bertukar-tukar maklumat, kunjungan lawatan bertujuan untuk mendapatkan maklumat berhubung pengurusan dan operasi Baitul Islah. Selain itu, pihak delegasi juga menjadikan Baitul Islah sebagai batch mark dalam menubuhkan Ilaj Home di bawah kelolaan JAWI.
 
Delegasi lawatan juga turut diberikan taklimat ringkas berkaitan Baitul Islah yang disampaikan oleh Penguasa Baitul Islah dan di akhir lawatan delegasi dibawa melawat tapak ke seluruh pusat terutama di blok pentadbiran, klinik dan asrama pelatih.
 
Pusat Pemulihan Baitul Islah MAIS merupakan sebuah pusat yang menempatkan penagih dadah tegar dan juga penghidap HIV di bawah seliaan Bahagian Pemulihan Al-Riqab MAIS.
 
Semoga kunjungan ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara MAIS dan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Dan Putrajaya dalam membantu pemulihan kepada penghuni-penghuni di pusat tersebut.
 
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor