SYAWAL SUATU ANUGERAH DARI ALLAH
SYAWAL SUATU ANUGERAH DARI ALLAH
Satu Syawal adalah anugerah Allah s.w.t kepada umat Islam dan ianya adalah suatu kemenangan kerana kejayaan melaksanakan tuntutan agama yang terkandung dalam Rukun Islam yang lima.
Sesungguhnya ibadah puasa di bulan Ramadhan ini amat besar ganjaran pahalanya, sehingga ia diriwayatkan dalam hadis qudsi:
“Semua amalan anak Adam adalah baginya kecuali berpuasa, ia hanya untuk Aku dan Aku menganugerahkan kepadanya dengan sebab puasanya itu.”
(HR Bukhari dan Muslim)
Bagaimanapun, harus diingatkan umat Islam perlu meneruskan disiplin dan adab seperti sepanjang Ramadan supaya Syawal tidak dicemari dengan amalan atau perbuatan yang tidak sepatutnya.
Meneladani amalan dan adab sambutan Syawal Rasulullah SAW perlu dilaksanakan, terutama untuk memastikannya agar tidak diisi dengan aktiviti sia-sia dan bercanggah dengan tuntutan Agama.
Budaya buruk yang menjadi ikutan-ikutan lagi berkiblatkan negara luar ini telah pun diberi amaran keras oleh Rasulullah S.A.W. dalam satu hadith:
(( لَتَتَّبِعُنَّ سَنَنَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ شِبْرًا بِشِبْرٍ، وَذِرَاعًا بِذِرَاعٍ، حَتَّى لَوْ دَخَلُوا فِي جُحْرِ ضَبٍّ لَاتَّبَعْتُمُوهُمْ “. قُلْنَا : يَا رَسُولَ اللَّهِ، آلْيَهُودَ وَالنَّصَارَى ؟ قَالَ : ” فَمَنْ ؟ ))
“Sungguh kalian akan mengikuti jalan orang-orang sebelum kalian sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta sampai jika orang-orang yang kalian ikuti itu masuk ke lubang dhob (yang sempit sekalipun), pasti kalian pun akan mengikutinya.” Kami (para sahabat) berkata, “Wahai Rasulullah, apakah yang diikuti itu adalah Yahudi dan Nashrani?” Beliau menjawab, “Lantas siapa lagi?”
Sahih Muslim, 8/57/2669.
Sungguh terkesan dan rasa berat di hati kita, apabila tiba syawal, terkadang madrasah Ramadhan yang telah mendidik kita menjadi insan yang lemah lembut hatinya, sabar dalam menghadap ujian, tawadhuk dalam kesyukuran, taqwa dengan sifat-sifat kehambaan dan tersedia dalam roh insan yang bersungguh dengan sifat-sifat mahmudah serta kuat kehambaan pada Penciptanya; tiba-tiba bertukar menjadi suatu kelainan yang sudah mulai sedikit demi sedikit cenderung kepada situasi yang tidak selari dengan tuntutan Syariat.
Lebih menyedihkan bilamana segelintir dari kita mulai teruja untuk menyambut Aidil Fitri dalam keadaan hilang rasa bahawa kita sebenarnya sentiasa dilingkungi atau dibatasi oleh tuntutan syariat agama.
Pergaulan dalam bulan Syawal tiba-tiba dibuka luas melampaui batas syariat hanya kerana ingin meraikan dan menyemarakan sambutan hari raya.
Amalan ziarah menziarahi adalah tuntutan agama, namun kedapatan ianya dicemari bilamana pergaulan berlaku tanpa akhlak dan adab yang tidak bertepatan dengan hokum Syarak, contohnya bersalaman atau mendedahkan aurat bagi yang bukan mahram.
Malah amat menyedihkan, ada yang sanggup berhutang semata-mata untuk menunjukkan kehebatan diri dan mengakhiri Syawal dengan bebanan hutang yang banyak.
Maka tidak syak lagi Syawal merupakan satu lagi rahmat Allah kepada kaum muslimin dalam merealisasikan makna ungkapan 2 kalimah tauhid, baik dalam diri, ahli keluarga mahupun masyarakat di dalam negara dan luar negara, setelah berjuang sebulan di bulan Ramadhan yang mulia.
Pendahuluan Secara asasnya, Allah SWT menjadikan manusia hidup secara berpasangan...
Kedudukan raja-raja Melayu di Malaysia termaktub dalam dua buah dokumen...
Pengenalan Petua dan khurafat merupakan dua konsep yang sering dibincangkan...
Ketika dunia dikejutkan dengan kehilangan pesawat MH 370 pada 8...
Isu Global Ikhwan Services and Business Holdings Sdn. Bhd. atau...