MAIS TERIMA LAWATAN DARI PERTUBUHAN SAHABAT AL-QURAN SELANGOR
MAIS TERIMA LAWATAN DARI PERTUBUHAN SAHABAT AL-QURAN SELANGOR

SHAH ALAM, 26 September – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini menerima lawatan dari Pertubuhan Sahabat Al-Quran Selangor bertujuan membincangkan hasrat bagi mengadakan program Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran Peringkat Kebangsaan pada bulan November 2024.
Lawatan seramai empat orang diketuai Puan Abryna Anuar, Pengerusi Pertubuhan Sahabat Al-Quran Selangor disambut mesra oleh Dr Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS.
Turut serta mewakili MAIS ialah Ustazah Hafizatul Akmal Abdul Jalil, Ketua Bahagian Pendaftaran Muallaf dan Pembangunan PIBK MAIS; Puan Hajah Noormala Mohd Sa’ad, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat MAIS dan wakil pegawai Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Semoga lawatan ini dapat mengeratkan hubungan baik antara MAIS dan Pertubuhan Sahabat Al-Quran Selangor.
SHAH ALAM 20 April-YAD Senator Dato Setia Haji Salehuddin bin...
Shah Alam, 19 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
SERENDAH, 18 April – Program turun padang Pengerusi Majlis Agama...
SHAH ALAM, 15 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
Putra Heights – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini...