MAIS TERIMA LAWATAN DARI KEMENTERIAN DALAM NEGERI
MAIS TERIMA LAWATAN DARI KEMENTERIAN DALAM NEGERI
Shah Alam – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menerima lawatan dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) Putrajaya di sini pada 20 September 2024.
Delegasi seramai enam orang diketuai oleh Tuan Nik Yusaimi Yussof, Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan, KDN disambut mesra oleh Dr Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS bertujuan membincangkan peluang kerjasama strategik dengan MAIS dalam penguatkuasaan percetakan Al-Quran.
Selain itu, lawatan ini juga membincangkan permohonan penambahan Penurunan Kuasa di bawah Peruntukan Seksyen 17 (1) dan Seksyen 17 (2) Akta Percetakan Teks Al-Quran 1986 (Akta 326) KDN.
Turut hadir mewakili MAIS ialah Tuan Zainor Rashid Hassin, Ketua Pendakwa Syarie, Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor; Puan Norlaili Mohamad, Penasihat Undang-Undang MAIS; Puan Hajah Noormala Mohd Sa’ad, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat MAIS dan wakil Jabatan Kehakiman Syariah Selangor, Jabatan Mufti Selangor serta Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan (RND) JAIS.
Semoga lawatan ini dapat mengeratkan hubungan baik di antara MAIS dan KDN.
Putra Heights – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini...
SHAH ALAM, 11 April – Seramai 73 pelajar dari Fakulti...
SABAK BERNAM, 10 April 2025 – Pengerusi Majlis Agama Islam...
PUTRA HEIGHTS, 6 APRIL-Pengerusi MAIS, Yang Amat Dihormati Dato’ Setia...
PENGERUSI MAIS TURUT IRINGI YANG DI-PERTUAN AGONG MENYANTUNI MANGSA KEBAKARAN PAIP GAS PUTRA HEIGHTS
SUBANG JAYA, 5 April – Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin...