MAIS AGIH 1500 BUBUR LAMBUK

MAIS AGIH 1500 BUBUR LAMBUK

433113309 793035772741624 3128350746865166653 n
SHAH ALAM — Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengagihkan juadah berbuka puasa berupa 1,500 bungkusan bubur lambuk kepada penduduk sekitar Shah Alam pada 21 Mac.
 
Program agihan bubur lambuk ini adalah dengan kerjasama Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
Agihan bubur lambuk telah disampaikan oleh Puan Hajjah Nurhani Salwa Jamaludin, Timbalan Setiausaha (Dasar Dan Pengurusan) dan En. Zaharudin Salim, Pengarah Strategik Korporat MAIS.
 
Semoga dengan pelaksanaan program ini dapat mengeratkan lagi ukhwah antara MAIS dan orang ramai.
 
Selamat menjalani bulan Ramadhan yang mulia ini.
 
 

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor