AS-SALIHIN TRUSTEE SERAH HARTA PUSAKA BAHAGIAN BAITULMAL

AS-SALIHIN TRUSTEE SERAH HARTA PUSAKA BAHAGIAN BAITULMAL

433226982 790678219644046 8954047880553164068 n
SHAH ALAM, 18 Mac – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini menerima kunjungan daripada As-Salihin Trustee Berhad (AST) untuk menyerahkan harta pusaka bahagian Baitulmal daripada kematian Allahyarhamah Nuraini binti Sahul Hamid berjumlah RM295,333.33. Sebelum itu AST telah menyerahkan harta pusaka si mati berjumlah RM 88,666.66. Pihak MAIS juga telah selesai mendaftarkan 2/3 bahagian di atas harta pusaka tak alih si mati.
 
Kunjungan daripada AST hari ini diketuai oleh Tuan Haji Abdul Aziz Peru bin Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif.
Majlis penyerahan harta pusaka bahagian Baitulmal tersebut disambut baik oleh Dr. Haji Ahmad Shahir bin Makhtar, Setiausaha MAIS.
 
Dalam ucapannya semasa menerima bahagian Baitulmal, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada AST yang konsisten menyerahkan harta pusaka pelanggan mereka yang jatuh hak kepada Baitulmal.
 
Beliau juga menyeru kepada syarikat-syarikat amanah lain dan mana-mana pihak yang mentadbir harta pusaka mana-mana si mati yang di dalammya terdapat kepentingan Baitulmal hendaklah menyerahkan bahagian tersebut kepada Baitulmal seperti yang telah dilakukan oleh pihak AST.
 
Turut hadir dalam kunjungan tersebut ialah, Puan Hajah Norzaihan Mohd Zain, Timbalan Setiausaha (Operasi) dan Ustaz Indera Shahril bin Mohd Shahid, Pengarah Baitulma MAIS.
 
Semoga jalinan hubungan ini dapat mengeratkan hubungan dua hala di antara MAIS dan AST.
 
Rancang dan urus pembahagian harta anda bersama kami di Baitulmal MAIS. Sila layari pautan ini untuk permohonan wasiat atau hibah dengan lebih mudah dan pantas secara atas talian:
 
Info lanjut, sila layari:

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor