MAIS RAI RAKAN MEDIA DAN RAKAN STRATEGIK

MAIS RAI RAKAN MEDIA DAN RAKAN STRATEGIK

428701797 777462737632261 2687757774509465603 n
SHAH ALAM, 21 Februari — Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) meraikan rakan media dan rakan strategik dengan mengadakan Majlis Penghargaan Rakan Strategik & Rakan Media yang disempurnakan oleh YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi MAIS.
 
Beliau merakamkan penghargaan terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan media yang sentiasa menyokong MAIS dalam menyebar luaskan infomasi dan seterusnya menaikkan imej MAIS di peringkat negeri dan peringkat nasional.
 
“Besarlah harapan saya, agar komitmen dan hubungan baik antara MAIS dan rakan-rakan media terus dapat ditingkatkan dan dikekalkan,” ujar Pengerusi MAIS semasa menyampaikan ucapannya.
Beliau juga mengingatkan agar memastikan penyampaian maklumat, kesahihan dan ketepatan maklumat adalah sangat penting agar tidak berlaku kepincangan maklumat di dalam masyarakat.
 
Sijil penghargaan dan hadiah iringan diberikan rakan strategik yang telah memberikan komitmen tinggi bagi pelaksanaan program dan kepada rakan media memberikan sokongan melalui liputan meluas berhubung kejayaan, peristiwa dan aktiviti semasa MAIS.
 
Antara penerima penghargaan ini adalah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Radio Television Malaysia (RTM), Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Media Selangor, TV Alhijrah, Sinar Harian, Berita Harian, Utusan, Bernama, Kosmo, Radio IKIM, Radio Zayan, Radio Selangor, Radio Klasik, Karangkraf, rakan blogger dan sebagainya meliputi media arus perdana dan media digital.
 
Media Selangor pula telah dianugerahkan sebagai penerima Liputan Media Tertinggi MAIS 2023 yang menerima sijil dan wang tunai.
Antara rakan strategik MAIS adalah JAKIM, Bahagian Protokol SUK, Istana Alam Shah, Institusi Masjid, Agensi dan anak syarikat MAIS, Jabatan Hal Ehwal Islam Selangor serta agensi-agensi lain.
 
Semoga hubungan baik di antara MAIS dengan rakan media dan rakan strategik terus ditingkatkan dan dikekalkan agar informasi berkaitan peranan MAIS, agensi dan anak syarikatnya dapat disebarluaskan lagi kepada masyarakat.

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor