KUNJUNGAN HORMAT BAITUL EHSAN KE PEJABAT ORANG BESAR DAERAH SABAK BERNAM
KUNJUNGAN HORMAT BAITUL EHSAN KE PEJABAT ORANG BESAR DAERAH SABAK BERNAM
Sabak Bernam, 21 Februari 2024- Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan MAIS hari ini telah mengadakan lawatan Kunjungan Hormat ke Pejabat Orang Besar Daerah Sabak Bernam bagi sesi penerangan fungsi dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Rumah Pemulihan Majlis kepada masyarakat untuk disebar luas kepada semua agensi dan masyarakat di Daerah Sabak Bernam khususnya.
Â
Deligasi Baitul Ehsan seramai 5 orang diketuai oleh Puan Nazatushima binti Osman, Penguasa Baitul Ehsan MAIS disambut mesra oleh Y.D.H. Dr. Haji Paridul Adras bin Ismail , Orang Besar Daerah Sabak Bernam. Turut serta dalam sesi lawatan ini adalah Puan Noor Huda binti Tajudin, Pegawai Psikologi MAIS, Puan Faezatul Aimi binti Nurdin, Eksekutif Pentadbiran MAIS, Puan Baizura binti Baharudin, Eksekutif Operasi MAIS serta Encik Muhamad Hafiz bin Maslan, Eksekutif Pembangunan Pelatih MAIS.
Â
Kunjungam dua hala ini bertujuan untuk berkongsi maklumat mengenai fungsi dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Rumah Pemulihan Majlis serta perbincangan dan kerjasama yang boleh dijalinkan bagi membantu masyarakat yang terbelenggu dengan gejala sosial dan akidah. Turut dicadangkan agar Baitul Ehsan boleh turut serta dalam membuka kaunter penerangan dalam semua program-program yang dianjurkan diperingkat daerah supaya orang ramai tahu peranan MAIS dalam membantu pemulihan bagi asnaf Riqab yang ingin kembali ke pangkal jalan selaras dengan aspirasi MAIS untuk membangun dan melaksanakan program syiar Islam yang berimpak tinggi serta dijadikan contoh oleh organisasi Islam yang lain.
Shah Alam, 6 Feb – Program Coffee Talk diadakan antara...
KUALA LUMPUR, 4 Februari- Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui...
Peruntukan mengenai punca kuasa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) ke...
SHAH ALAM, 25 Januari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
Shah Alam, 23 Januari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...