PROGRAM PEMANTAPAN SAHSIAH DIRI KOMUNITI DISAYANGI

PROGRAM PEMANTAPAN SAHSIAH DIRI KOMUNITI DISAYANGI

425504399 768355501876318 5227331812169152880 n
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Pemulihan Riqab menganjurkan Program Pemantapan Sahsiah Diri Komuniti Disayangi Tahun 2024 pada 2-4 Februari 2024.
 
Program ini bertujuan untuk mendekati dan menyantuni asnaf Riqab yang baru melalui pengisian ilmiah secara santai serta mengeratkan hubungan baik antara pegawai agama dengan para asnaf riqab ini.
Selain Itu, program ini juga bertujuan untuk memberi dorongan kepada mereka yang terlibat dalam mengamalkan gaya hidup Islam yang sebenar.
 
Program ini mendapat kerjasama dari Pertubuhan Insan Permata Disayangi (PINTAS) iaitu Rumah Pemulihan Riqab yang dihadiri oleh seramai 35 orang peserta.
 
Para peserta didedahkan dengan pelbagai aktiviti menarik sepanjang program ini berlangsung termasuk lawatan ke Kampung Orang Asli Sungai Kooi, Jungle Trekking di Air Terjun Sungai Papan, aktiviti berakit dan lawatan ke Sanctuary Ikan Kelah Sungai Rouk.
 
Disamping itu juga, peserta juga berpeluang mengikuti pengisian ilmiah dan tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Ezzam Zaharin, Pegawai Bahagian Pemulihan Ar Riqab MAIS dan Dr Rafidah Kastawi, Pakar Kaunseling.
 
Perasmian penutup disampaikan oleh Ustaz Mohd Ezzam Zaharin, Eksekutif Bahagian Pemulihan Ar Riqab MAIS.
 
Dalam ucapannya, beliau turut memuji komitmen yang diberikan oleh peserta sepanjang program ini. Beliau juga turut berharap agar peserta mengaplikasikan ilmu yang dicurahkan sepanjang sesi ceramah program ini didalam kehidupan seharian. Peserta juga diingatkan agar terus berusaha kearah perubahan selaras dengan ajaran Islam yang sebenar.
 
Para peserta rata-ratanya berpuas hati dengan pengisian program ini dan berharap agar lebih banyak lagi program seperti ini diadakan.
 

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor