MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN PROGRAM TAFAQQUH FIDDIN DAN PENYAMPAIAN PAPAN TANDA AKRILIK SERTA WIND FLAG KEPADA PUSAT PENGURUSAN PENGISLAMAN (PPP), MAIS

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN PROGRAM TAFAQQUH FIDDIN DAN PENYAMPAIAN PAPAN TANDA AKRILIK SERTA WIND FLAG KEPADA PUSAT PENGURUSAN PENGISLAMAN (PPP), MAIS

414666433 746238490754686 1260155586294758902 n
Shah Alam: 23 Disember 2023, Bahagian Pendaftaran Muallaf dan Pembangunan PIBK, MAIS telah mengadakan Majlis Penutupan Program Tafaqquh Fiddin kepada pegawai di Pusat Pengurusan Pengislaman (PPP) MAIS sebanyak sebanyak 10 siri yang berlangsung dari bulan Mac 2023 dan berakhir pada 23 Disember 2023.
 
Tajuk yang dibincangkan pada siri terakhir ini adalah Muallaf Dan Harta Pusaka. Antara topik menarik ialah
1. Orang Islam mewarisi harta daripada bukan Islam
2. ⁠Orang bukan Islam mewarisi harta orang Islam
3. ⁠Kaedah urus harta pusaka kepada muallaf; dan
4. ⁠Pengurusan wasiat kepada ahli keluarga yang bukan Islam
Pengisian kali ini disampaikan oleh YBhg. Ustaz Anuar bin Puteh yang merupakan Pensyarah Kanan, Pusat Kajisn Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
 
Majlis perasmian penutupan Program Tafaqquh Fiddin Tahun 2023 telah disempurnakan oleh YBhg. Ustaz Suhaimi bin Ismail, Pengarah Sektor Pembangunan Sosial, MAIS. Beliau merakamkan ucapan tahniah kepada peserta yang terdiri daripada pegawai PPP, MAIS diatas komitmen yang diberi dalam menjayakan program ini. Beliau juga berharap program ini dapat diteruskan pada tahun depan pendekatan serta tajuk yang lebih menarik dan lebih fokus kepada isu-isu semasa yang terkait dengan kehidupanan muallaf sebagai seorang Muslim.
 
Turut hadir dalam program ini ialah YBhg. Ustazah Hafizatulakmal binti Abdul Jalil, Ketua Bahagian Pendaftaran Muallaf dan Pembangunan PIBK, MAIS serta YBhg. Profesor Abdul Ghafar bin Don, Pensayarah Kanan, Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang juga merupakan panel penceramah Program Tafaqquh Fiddin.
 
Bersempena dengan program ini, pihak MAIS telah membekalkan papan tanda akrilik dan wind flag kepada 29 PPP, MAIS yang terdiri daripada PIBK dan masjid. Ini adalah untuk menjadikan mercu tanda kepada orang awam berkaitan pengurusan pengislaman yang turut dibantu pelaksanaannya oleh PIBK serta masjid.
 
Ini juga menjadikan salah satu usaha pihak MAIS untuk menzahirkan tanda penghargaan kepada pihak PIBK dan masjid yang turut membantu dalam melaksanakan salah satu perkhidmatan MAIS iaitu pendaftaran muallaf.

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor