PENGERUSI MAIS HADIR MAJLIS PELANCARAN BUKU GARIS PANDUAN PENGURUSAN KEWANGAN, PEROLEHAN DAN ASET MASJID DAN SURAU NEGERI SELANGOR

PENGERUSI MAIS HADIR MAJLIS PELANCARAN BUKU GARIS PANDUAN PENGURUSAN KEWANGAN, PEROLEHAN DAN ASET MASJID DAN SURAU NEGERI SELANGOR

409106072 733934378651764 5472336527028940407 n
SHAH ALAM, 7 Disember – YAD Tan Sri Dato Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menghadiri Majlis Pelancaran Buku Garis Panduan Pengurusan Kewangan, Perolehan dan Aset Masjid dan Surau Negeri Selangor.
 
Majlis disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj di sini hari ini.
 
Pelancaran buku garis panduan yang diterbitkan oleh JAIS ini adalah sebagai rujukan bagi meningkatkan kualiti pengurusan kewangan dalam mengangkat integriti masjid dan surau sebagai institusi masyarakat yang dihormati.
 
DYMM Sultan Selangor turut menitahkan MAIS supaya memastikan semua masjid dan surau di negeri ini menyediakan Penyata Kewangan Tahunan Beraudit untuk diperiksa dan disemak.
 
Baginda juga berharap agar pentadbir masjid dan surau dapat mematuhi dan melaksanakan semua ketetapan yang digariskan dalam garis panduan itu.
 
Turut hadir ialah SS Dato Haji Shahzihan Ahmad, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan YB Dr Muhammad Fahmi Ngah, Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi.
 

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor