MAIS KONGSI PENGALAMAN BERSAMA TIGA PUSAT PEMULIHAN DADAH UNTUK PENINGKATAN PENGURUSAN BAITUL ISLAH
MAIS KONGSI PENGALAMAN BERSAMA TIGA PUSAT PEMULIHAN DADAH UNTUK PENINGKATAN PENGURUSAN BAITUL ISLAH
Kuala Terengganu–Bagi meningkatkan lagi kualiti pengurusan operasi di Pusat Pemulihan Baitul Islah, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengunjungi tiga pusat pemulihan dadah di sekitar Kuala Terengganu pada 7 dan 8 Disember.
Â
Antara objektif lawatan ini ialah menimba pengalaman dan kepakaran dari pusat pemulihan dalam
menjalankan proses pemulihan dadah dan HIV, mendapatkan informasi berkaitan pengurusan pemantauan dan keselamatan penghuni agar bebas dari masalah dadah.
Â
Tiga pusat pemulihan tersebut adalah Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik Besut, Perkampungan Baitul Barakah di Marang dan Baitul Cakna (lelaki) di Ajil Terengganu.
Â
Uniknya Pusat Pemulihan ini menyediakan peluang pemulihan kepada pelatih yang sukarela dan ada keinginan untuk berubah tanpa sebarang bayaran.
Â
Setiap pusat pemulihan menyediakan modul dan program yang telah terbukti berjaya bagi memberi ruang untuk pelatih pulih malahan disediakan latihan yang dapat membangunkan diri dari aspek ekonomi.
Â
Delegasi seramai 13 orang diketuai oleh Y.Bhg Hajjah Norzaihan Md Zain Timb. Setiausaha (Operasi) MAIS yang menghargai Pusat Pemulihan yang memberi kerjasama dan sambutan yang sangat baik.
Â
Ahli delegasi dianggotai Ustaz Suhaimi Ismail Pengarah Sektor Pembangunan Sosial MAIS, Ahli Lembaga Pelawat Baitul Islam MAIS, wakil AADK, wakil dari Baitul Islah serta Riqab MAIS.
Putrajaya, 28 November-Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini telah...
SHAH ALAM, 28 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
KAJANG, 28 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah...
SHAH ALAM, 27 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
PELABUHAN KLANG, 24 November-Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian...