LAWATAN MAIS KE JABATAN HAL EHWAL ISLAM NEGERI SEMBILAN DAN JABATAN MUFTI NEGERI SEMBILAN

LAWATAN MAIS KE JABATAN HAL EHWAL ISLAM NEGERI SEMBILAN DAN JABATAN MUFTI NEGERI SEMBILAN

402037851 723080916403777 6369028088980023420 n
NEGERI SEMBILAN, 15 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Sektor Pembangunan Sosial telah mengadakan kunjungan ke Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Jabatan Mufti Negeri Sembilan dan Balai Islam, Majlis Agama Islam Melaka.
 
Kunjungan lawatan turut disertai oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor dan Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor. Lawatan bertujuan untuk bertukar pandangan berhubung isu pengisytiharan status agama Islam seseorang yang melibatkan proses pendaftaran muallaf.proses peraturan status agama, proses pelaksanaan istitabah dan pelaksanaan peruntukan undang-undang yang sedang berkuatkuasa.
 
Lawatan diketuai oleh Pn Hajah Norzaihan Mohd Zain, Timbalan Setiausaha (Operasi), MAIS. Turut hadir ialah Ustaz Suhaimi Ismail, Pengarah Sektor Pembangunan Sosial MAIS dan Tuan Zainor Rashid Hassin, Ketua Pendakwa Syarie, Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor.
 
Hadir sama ialah Ustazah Hafizatulakmal Abdul Jalil, Ketua Bahagian Pendaftaran Muallaf dan Pembangunan PIBK MAIS; Puan Nurul Ain Mohd Azahari Pegawai Undang-Undang Sektor Undang-Undang MAIS, wakil pegawai dari Jabatan Mufti Negeri Selangor dan pegawai dari Sektor Pembangunan Sosial, MAIS.
 
Lawatan ini selain dapat mengeratkan hubungan silaturrahim, pihak JHEAINS, Jabatan Mufti Negeri Sembilan dan Balai Islam, Majlis Agama Islam Melaka menyambut baik dan amat mengalu-alukan kehadiran rombongan dari MAIS. Semoga jalinan hubungan ini dapat membina jaringan kerjasama yang baik dalam menguruskan hal ehwal muallaf di agensi masing-masing.
 

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor