MESYUARAT PENUTUP PENGAUDITAN PENYATA KEWANGAN MAIS BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2022

MESYUARAT PENUTUP PENGAUDITAN PENYATA KEWANGAN MAIS BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2022

386708986 700967628615106 5759260762337582417 n 1
SHAH ALAM, 6 Oktober–Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi tahun berakhir 31 Disember 2022 oleh Jabatan Audit Negara (JAN) telah diadakan hari ini.
 
Mesyuarat dipengerusikan oleh YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi MAIS. Hadir sama ialah Puan Zirawati Kadir, Pengarah Audit Negeri, Jabatan Audit Negara.
 
Turut hadir mewakili MAIS ialah Dr Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS; Puan Norzaihan Mohd Zain, Timbalan Setiausaha Operasi MAIS; En. Rohaizul Mohamed Kholil, Pengarah Kewangan MAIS; En Zaharuddin Salim, Ketua Audit Dalam MAIS dan barisan pegawai kanan MAIS.
 
Tahniah diucapkan kerana MAIS dapat mengekalkan Sijil Ketua Audit Negara Tanpa Teguran bagi Penyata Kewangan MAIS 2022.
 

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor