KULIAH SUBUH KHAS DI MASJID AL AMIN SEKSYEN 17, SHAH ALAM

KULIAH SUBUH KHAS DI MASJID AL AMIN SEKSYEN 17, SHAH ALAM

380497144 691350159576853 4762333390662726016 n
16 September 2023- Pihak MAIS melalui Sektor Baitulmal merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak pengurusan Masjid Al Amin Seksyen 17, Shah Alam diatas jemputan Kuliah Subuh Khas dan membuka kaunter penerangan MAIS bersempena Bulan Faraid Negeri Selangor 2023.
 
Alhamdulillah kaunter penerangan MAIS dibuka dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ahli kariah yang hadir bertanyakan hal-hal pengurusan pusaka.
 
Disamping itu, Kuliah Subuh yang telah disampaikan oleh Ustaz Hanzalah bin Zolkefli, Eksekutif Dakwah MAIS berkenaan tajuk “Faraid, Wasiat & Hibah”.
 
Semoga dengan perkongsian tersebut dapat memberi maklumat kepada ahli kariah yang hadir berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh Baitulmal Majlis Agama Islam Selangor.
 
Rancang dan urus pembahagian harta anda bersama kami di Baitulmal MAIS. Sila layari pautan dibawah untuk permohonan wasiat atau hibah dengan lebih mudah dan pantas secara atas talian:
 
Info lanjut, sila layari:
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor