PROGRAM BUAL BICARA MUALLAF SEMPENA BULAN MUALLAF MAIS – Pengurusan Pendaftaran Pengislaman

PROGRAM BUAL BICARA MUALLAF SEMPENA BULAN MUALLAF MAIS – Pengurusan Pendaftaran Pengislaman

360098962 661144709264065 768131078544738013 n

18 Julai 2023 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengadakan Program Bual Bicara sempena Bulan Muallaf MAIS 2023 dengan kerjasama Masjid Kota Damansara.

Program bual bicara tersebut menampilkan ahli panel iaitu Ustaz Suhaimi Ismail, Pengarah Pembangunan Sosial dan Bro Shah Kirit Kalkulal Govindji dan moderator oleh Ustaz Mohd Bakhtiar Suratman, Eksekutif Bahagian Pendaftaran Muallaf dan Pembangunan PIBK MAIS.

Antara topik utama yang dibicarakan ialah pengurusan pendaftaran pengislaman di Negeri Selangor, peranan dan tanggungjawab masyarakat kepada saudara yang baru memeluk Islam serta kaedah berinteraksi dengan non muslim dalam menyampaikan Islam kepada mereka.

Turut hadir ke majlis tersebut ialah Ustaz Mohammad Norsalami Hj Masri, Pengurus Masjid Kota Damansara.

MAIS berperanan dalam menyediakan perkhidmatan pendaftaran muallaf di Negeri Selangor dan untuk maklumat lanjut berkaitan pendaftaran pengislaman ini boleh layari di www.mais.gov.my.

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor