PROGRAM PENERANGAN BERKAITAN ISU KALIMAH ALLAH

PROGRAM PENERANGAN BERKAITAN ISU KALIMAH ALLAH

Baitul Ehsan 1

SHAH ALAM, 22 Mei – Seramai enam orang pegawai Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menerima pingat dalam Istiadat Pengurniaan Pingat-Pingat Negeri Selangor Darul Ehsan sempena menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan yang ke-77 Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.

Antara penerima pingat negeri Selangor ialah Ustaz Mohd Azlan Ishak (PPT), Eksekutif Baitulmal Daerah Hulu Langat; Haji Shamsul Andri Masrudin (PPC), Eksekutif Unit Pendaftaran, Bahagian Harta Baitulmal; Ustaz Mohamed Jamari Mohamed Royani (PJK), Pembantu Eksekutif, Unit Operasi, Bahagian Harta Baitulmal.

Turut menerima pingat ialah Ustazah Baizura Baharudin (PJK), Eksekutif Baitulmal Daerah Sabak Bernam; Puan Norsyarizan Mohd Rasid (PJK), Pembantu Eksekutif Baitulmal Daerah Hulu Selangor dan Encik Mohd Hail Izan Md Ajis (PPC), Eksekutif Pemantauan Hasil, Sektor Ekonomi.

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua penerima yang menerima anugerah. Ini merupakan penghormatan dan pengiktirafan terhadap sumbangan warga MAIS kepada negeri Selangor dan Jabatan khususnya.

Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran serta Pingat itu diadakan di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, Shah Alam pada Isnin.

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor