MAIS BUKA KAUNTER PERKHIDMATAN SEMPENA KEMPEN KESEDARAN AIDS & PROGRAM SIHAT UNTUK REMAJA (PROSTAR) PERINGKAT UITM CAWANGAN SELANGOR 2022
MAIS BUKA KAUNTER PERKHIDMATAN SEMPENA KEMPEN KESEDARAN AIDS & PROGRAM SIHAT UNTUK REMAJA (PROSTAR) PERINGKAT UITM CAWANGAN SELANGOR 2022

Shah Alam, 3 Disember 2022 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Rumah Pemulihan Majlis (RPM) telah mengadakan sesi penerangan perkhidmatan MAIS sempena Kempen Kesedaran AIDS dan Program Sihat Untuk Remaja (PROSTAR) serta Pelancaran Program Siswa (PROSIS) Peringkat UiTM cawangan Selangor tahun 2022.
Kaunter penerangan yang terlibat terdiri daripada Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman dan Pusat Perlindungan Baitul Islah MAIS & AADK.
Selain penerangan yang berkaitan dengan penyalahgunaan dadah dan seksual, MAIS turut menyediakan khidmat nasihat berhubung perkhidmatan dan peranan MAIS dalam membantu masyarakat yang terlibat dalam masalah sosial.
Turut Hadir Puan Nazatushima Osman, Penguasa Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan dan Puan Mazlina Osman, Penguasa Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman.
Allah SWT berfirman dalam Al-Quran: فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ ٱلسَّعۡيَ قَالَ...
SHAH ALAM, 8 Jun – Sempena Aidiladha 1446H, Majlis Agama...
Kuala Langat – Program turun padang Pengerusi Majlis Agama Islam...
SHAH ALAM, 29 Mei – Duli Yang Maha Mulia Sultan...
Pengenalan Islam sebagai agama yang syumul (menyeluruh) dan sempurna telah...