Shah Alam, 8 Disember – Pengerusi MAIS, Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof telah merasmikan program Sambutan Hari OKU Sedunia anjuran Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan kerjasama Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (PIBK) MAIS Kluster Pendidikan. Program bertujuan untuk meraikan komuniti istimewa OKU melalui naungan nilai-nilai Islam selain menyantuni PIBK Islam melalui kerjasama dalam menganjurkan aktiviti dakwah yang bermanfaat kepada Masyarakat khususnya di negeri Selangor. Program dihadiri seramai 500 orang peserta terdiri dari ibu bapa istimewa, guru-guru pendidikan khas, pensyarah dari pelbagai bidang terutama mahasiswa IPTA/IPTS dan petugas pusat pemulihan dalam komuniti. Pengerusi MAIS dalam ucapannya berkata, beliau amat berbesar hati dengan inisiatif yang mencerminkan kolaborasi mantap antara PIBK Islam dalam penganjuran program meraikan komuniti OKU khususnya PIBK MAIS Kluster Pendidikan. “Selaku peneraju hal ehwal Islam di negeri Selangor, MAIS dan JAIS komited untuk terus menyokong usaha sebegini sebagai sebahagian daripada agenda memperkasa dakwah,”katanya. Antara pengisian program sepanjang program berlangsung adalah Ceramah, Persembahan Qasidah, Majlis Munajat Mega OKU Berdoa dan Pameran / Cerapan Matahari. #mais #menjunjungamanah KUNJUNGAN HORMAT MAIS KE AFFIN BANK KUALA LUMPUR Kuala Lumpur, 3 Disember-Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Sektor… Berita Penuh December 3, 2024 ENAM PEGAWAI TERIMA TAJAAN TUNAI UMRAH MAIS, BERANGKAT KE TANAH SUCI MEKAH SHAH ALAM-Seramai enam orang pegawai Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh December 3, 2024 MAIS TERIMA KUNJUNGAN MAJLIS ISLAM SARAWAK Shah Alam-Alhamdulillah, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini 3… Berita Penuh December 3, 2024 PROGRAM IJTIMA’ MUALLAF DAERAH KUALA LANGAT KUALA LANGAT,30 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh November 30, 2024 MAIS KONGSI ILMU HARTA PUSAKA KEPADA PEGAWAI DI BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Putrajaya, 28 November-Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini telah… Berita Penuh November 28, 2024 Add Your Heading Text Here