Galleries

SETIAUSAHA MAIS, SEMPURNAKAN PELANCARAN BUKU PERMASALAHAN FEQAH & 3 JUDUL LAIN
SHAH ALAM, 18 Disember – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah dijemput oleh Galeri Ilmu Sdn Bhd bagi melancarkan Buku 2,500 Permasalahan Feqah & 3 Judul Lain yang dikarang oleh Al-Fadhil Ustaz Muhadir Haji Joll. Pelancaran disempurnakan oleh Dr Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS dalam Majlis Pelancaran Buku 2,500 Permasalahan Feqah & Tiga Judul Lain di sini hari ini. Setiausaha MAIS dalam ucapannya berkata, MAIS sentiasa menyokong usaha bagi menerbitkan buku-buku ilmiah kerana ianya mampu dapat menyelesaikan isu-isu di kalangan umat Islam. “Buku 2,500 Permasalahan Feqah misalnya, saya fikir mampu menyuluh isu-isu feqah atau hukum-hakam dalam kehidupan seharian umat Islam. Ia sangat penting kerana melibatkan soal halal haram, dan sah batal dalam beramal ibadah,”katanya. Menurutnya lagi, MAIS menyeru kepada semua pihak terutama di negeri Selangor untuk bersama-sama dalam menyampaikan dakwah melalui penulisan dan pembacaan. “Salah satu salurannya ialah dakwah melalui penerbitan bahan-bahan ilmiah seperti ini yang dapat dijadikan rujukan dan panduan dalam mengamalkan ajaran Islam berlandaskan hukum syarak,”katanya. Turut hadir dalam majlis ialah Dato’ Muhammad Farhan Wijaya, Imam Besar Masjid Negeri; Al-Fadhil Ustaz Muhadir Haji Joll, Pendakwah Bebas dan juga Pengarang Kitab 2500 Permasalahan Feqah dan Tuan Haji Mohd Yusri Mohd Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif Galeri Ilmu Media Group selaku Penerbit. #mais #menjunjungamanah MAIS TERIMA KUNJUNGAN CAMBODIA UNIVERSITY OF MANAGEMENT AND TECHNOLOGY (CUMT) – Copy SHAH ALAM,16 Januari- Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menerima… Berita Penuh January 22, 2025 MESYUARAT MAIS BIL.1/2025 SHAH ALAM, 21 Januari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh January 21, 2025 MAIS TERIMA LAWATAN DARI PUSAT AKIDAH DAN JARINGAN GLOBAL, USIM SHAH ALAM, 20 Januari – Seramai 40 orang mahasiswa dan… Berita Penuh January 20, 2025 MAIS LANCAR BUSINESS CONTINUITY MANAGEMENT (BCM) SHAH ALAM, 14 Januari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh January 14, 2025 SETIAUSAHA MAIS, SEMPURNAKAN PELANCARAN BUKU PERMASALAHAN FEQAH & 3 JUDUL LAIN SHAH ALAM,16 Januari- Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menerima… Berita Penuh December 18, 2024 Add Your Heading Text Here
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor