Galleries

MAIS JOHAN KEJOHANAN MEMANAH SUKAN MAIS 2023
SHAH ALAM, 14 Oktober 2023 – Kontinjen Memanah Lelaki dan Wanita daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah berjaya memenangi pingat emas dan seterusnya menjadi Johan dalam Kejohanan Memanah Sukan MAIS tahun 2023 di Dayakboi Playground, Shah Alam hari ini. Kejohanan Memanah anjuran Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) ini melibatkan tujuh (7) penyertaan terdiri daripada MAIS serta agensi dan anak syarikat MAIS. Selain itu, kejohanan ini juga disertai oleh 25 buah Rumah Anak Yatim di bawah seliaan YIDE. Dalam kejohanan tersebut turut diadakan Majlis Perasmian yang telah disempurnakan oleh Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof, Pengerusi MAIS. Turut hadir dalam Majlis Perasmian tersebut ialah Tan Sri Mazlan bin Mansor, Pengerusi YIDE; Dr. Haji Ahmad Shahir bin Makhtar, Setiausaha MAIS; Mohd Sabirin bin Mohd Sarbini, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor; Nur Mohd Razali bin Abdullah, Pengurus Besar YIDE; Mohd Hasnul Redza bin Abdul Rahim, Pengurus Besar Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd; Mohd Nuri bin Abdul Aziz, Pengurus Besar Bakti Suci Holding Sdn Bhd dan Mohd Hafiz bin Bahari, Pengurus di Perbadanan Wakaf Selangor. Sukan MAIS yang dianjurkan pada tahun 2023 diadakan secara penggiliran dengan melibatkan penglibatan pengacaraan semua agensi dan anak syarikat MAIS. Antara sukan lain yang dipertandingkan ialah sukan bowling, badminton, futsal, memancing, kayak dan sukan dalaman. #menjunjungamanah#sukanmais2023 MAIS JOHAN KEJOHANAN MEMANAH SUKAN MAIS 2023 SHAH ALAM, 14 Oktober 2023 – Kontinjen Memanah Lelaki dan… Berita Penuh October 14, 2023 UCAPAN TERIMA KASIH Alhamdulillah, ucapan terima kasih kepada penonton yang mengikuti Forum Perdana… Berita Penuh October 12, 2023 MAIS SERTAI BENGKEL PENYEDIAAN MANUAL PENGURUSAN HARTA PUSAKA MAIN 11 Okt – Pada 8-10 Oktober 2023 yang lepas, MAIS… Berita Penuh October 11, 2023 MESYUARAT PENUTUP PENGAUDITAN PENYATA KEWANGAN MAIS BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2022 SHAH ALAM, 6 Oktober–Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Majlis Agama… Berita Penuh October 6, 2023 MAIS SERTAI KONVENSYEN PENGURUSAN HAL EHWAL ISLAM SELURUH MALAYSIA SABAH, 4 Oktober 2023 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh October 4, 2023 Add Your Heading Text Here
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor