Galleries

MAIS RAI 117 KONTINJEN SELANGOR, NAIB JUARA KESELURUHAN IJPAM 2023
SHAH ALAM, 6 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini meraikan 117 Kontinjen Selangor termasuk urusetia yang meraih Naib Juara dalam Kejohanan Ijtimak Perdana Agensi Agama Seluruh Malaysia (IJPAM) 2023. Majlis Penghargaan Kontinjen Selangor IJPAM 2023, anjuran MAIS ini diadakan bertujuan untuk meraikan kesungguhan Kontinjen Selangor yang telah menyertai IJPAM 2023 serta mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara MAIS bersama Jabatan-Jabatan Hal Ehwal Islam Selangor dan agensi di bawah MAIS. Antara Kontinjen Selangor yang diraikan terdiri dari pegawai MAIS seramai 6 orang, pegawai JAIS seramai 97 orang, pegawai Jabatan Mufti Selangor seramai 3 orang, pegawai Jabatan Kehakiman Syariah Selangor seramai 2 orang dan pegawai dari Lembaga Zakat Selangor seramai 9 orang. Majlis dirasmikan oleh YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi MAIS. Dalam ucapannya, beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua Kontinjen Selangor yang terlibat dalam kejohanan yang dipertandingkan.”Semoga kejohanan sukan ini dapat menghasilkan sesuatu yang positif dikalangan warga kerja MAIS, Jabatan Hal Ehwal Islam Selangor, agensi dan anak syarikat demi memacu kecemerlangan hal ehwal Islam di Negeri Selangor,” katanya. Turut hadir dalam majlis ini ialah Sahibus Saadah Dato’ Mohd Shahzihan Ahmad, Pengarah JAIS; Tuan Zainor Rashid bin Hassin, Ketua Pendakwa Syarie, Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor dan Dr Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS. #mais #menjunjungamanah MAIS RAI 117 KONTINJEN SELANGOR, NAIB JUARA KESELURUHAN IJPAM 2023 JOHOR BAHRU, 5 Nov – Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor… Berita Penuh November 6, 2023 PENGERUSI MAIS MERASMIKAN MAJLIS PENUTUPAN MULTAQA PENTADBIR MASJID NEGERI SELANGOR 2023 JOHOR BAHRU, 5 Nov – Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor… Berita Penuh November 5, 2023 MAIS ADAKAN PERTEMUAN BERSAMA JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SELANGOR SHAH ALAM 2 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh November 2, 2023 MAIS ANJUR PERTANDINGAN INOVASI AGENSI AGAMA ISLAM SELANGOR 2023 SHAH ALAM, 1 November 2023 – Majlis Agama Islam Selangor… Berita Penuh November 1, 2023 MESYUARAT KHAS MAIS BIL.3/2023, SHAH ALAM, 31 Oktober – Mesyuarat Khas Majlis Agama Islam… Berita Penuh October 31, 2023 Add Your Heading Text Here
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor