Galleries

PROGRAM TURUN PADANG PERKAMPUNGAN ORANG ASLI SONGKOK, HULU SELANGOR
BATANG KALI, 25 Ogos – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Pendaftaran Muallaf dan Pembangunan PIBK dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (Negeri Selangor), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Sukarelawan Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Pesuruhjaya Sumpah menganjurkan Program Turun Padang Perkampungan Orang Asli Songkok. Objektif program ini diadakan adalah untuk membantu menyelesaikan beberapa permasalahan orang asli seperti pendaftaran pengislaman, pendaftaran pernikahan dan dokumen pengenalan mereka. Selain itu, program ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara MAIS dengan masyarakat orang asli.Seramai lebih kurang 80 orang penduduk menyertai program ini dan antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program berlangsung iaitu mengemaskini Kad Perakuan Memeluk Agama Islam, mengemaskini kad pengenalan masyarakat orang asli songkok, program khidmat masyarakat(gotong-royong) dan beberapa acara sukaneka bagi kanak-kanak masyarakat orang asli songkok yang dikendalikan oleh sukarelawan UPM. Turut sama hadir pada program ini ialah Dr. Hajah Norraini Nordin; Pengarah Pembangunan Sosial; Zaimah Roslan, Wakil Balai Raya Kampung Orang Asli Songkok; Mohd Khairil Yahya, Jabatan Pendaftaran Negara(Negeri Selangor); Ustazah Fadhilah Azemi, Penggerak Masyarakat Orang Asli Daerah Hulu Selangor; Puan Asiah Jafri, Universiti Putra Malaysia dan Nursyazwani Adnan, Pesuruhjaya Sumpah. PROGRAM IHTIFAL PERDANA ASNAF RIQAB, BINA SAHSIAH JATI DIRI 300 PELATIH RUMAH PEMULIHAN RIQAB MAIS Hulu Yam Baru, 29 Ogos – Biarpun mereka merupakan pelatih… Berita Penuh August 29, 2024 MAIS TERIMA LAWATAN DARI MUIS Shah Alam – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menerima lawatan… Berita Penuh August 28, 2024 PENGURUSAN HARTA ISLAM BERKAITAN ANTARA WASIAT & HIBAH DI DEWAN HAMZAH, KLANG KLANG, 27 Ogos – Pihak MAIS melalui unit Baitulmal Daerah… Berita Penuh August 27, 2024 BENGKEL PENYELARASAN MODUL KEROHANIAN RUMAH PEMULIHAN RIQAB SHAH ALAM, 27 Ogos – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh August 27, 2024 PROGRAM TURUN PADANG PERKAMPUNGAN ORANG ASLI SONGKOK, HULU SELANGOR Hulu Yam Baru, 29 Ogos – Biarpun mereka merupakan pelatih… Berita Penuh August 25, 2024 Add Your Heading Text Here
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor