KLANG – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Pemulihan Ar-Riqab menganjurkan Kursus Pemantapan Pembimbing Riqab Siri 3/2024 bertujuan sebagai medium pemantapan pemahaman, pengukuhan dan penguasaan fardhu ain kepada peserta yang terlibat bersesuaian dengan tugas sebagai pembimbing riqab bermula 15-17 November 2024 yang lalu. Peserta yang terlibat dalam kursus ini adalah seramai 38 orang guru wanita pembimbing Riqab yang mengajar dan membimbing pelatih-pelatih di Rumah Pemulihan Riqab MAIS. Kursus ini melibatkan lima orang penceramah daripada pelbagai bidang dan kepakaran antaranya ialah Cik Nurul Safawani binti Mohamad Azmi , Eksekutif Bahagian Pemulihan Riqab; Ustazah Sabariah binti Salleh; Haji Solekhan Roup; Puan Khairiah Mohamed; dan Puan Nur Farhana binti Sulaiman. Penyerahan sijil disempurnakan oleh Cik Nurul Safawani binti Mohd Azmi, Eksekutif Bahagian Pemulihan Riqab MAIS. Semoga dengan pelaksanaan kursus tersebut dapat memberi pendedahan kepada peserta yang terlibat dalam menambah baik pengurusan tugas pembimbing riqab agar cemerlang dalam ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam membimbing asnaf riqab di negeri Selangor. #mais #menjunjungamanah BENGKEL MELESTARIKAN MODUL ISTITABAH MAIS MELAKA, 17 November 2024 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh November 17, 2024 PROGRAM TRANSFORMASI USAHAWAN ASNAF SELANGOR 2024 KAJANG, 16 November 2024 – Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd…. Berita Penuh November 16, 2024 KURSUS PEMANTAPAN PEMBIMBING RIQAB NEGERI SELANGOR SIRI 3/2024 KLANG – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Pemulihan… Berita Penuh November 15, 2024 MAIS TERIMA JEMPUTAN LAWATAN KE MUZIUM KESENIAN ISLAM MALAYSIA KUALA LUMPUR, 14 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh November 14, 2024 AGIHAN FIDYAH MAIS TAHUN 2024 BERJUMLAH RM 109,047.00 DIAGIH KEPADA 489 PENERIMA YANG LAYAK 13 Nov – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengagihkan… Berita Penuh November 13, 2024 Add Your Heading Text Here