KAJANG, 28 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menandatangani kerjasama strategik bersama Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi dalam Majlis Hi Tea Bersama Industri dan Menandatangani Kerjasama Strategik KPTM Bangi di Bangi Resort Hotel. MAIS diwakili oleh Pengarah Sektor Pembangunan Sosial MAIS, Dr. Hajah Noraini Binti Nordin dan diiringi Ketua Bahagian Pendaftaran Muallaf Dan Pembangunan Muallaf MAIS, Pn. Hafizatulakmal Binti Abd Jalil dan Ketua Unit Agihan Fidyah, En Mohd Bakhtiar Bin Suratman. MAIS telah melantik Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi sebagai Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSAFM) bagi Agihan Fidyah MAIS Wang Saku Pelajar kepada 2,000 orang pelajar yang layak sepanjang tahun 2024 dengan nilai seorang pelajar menerima agihan berjumlah RM300.00 seorang. Selain itu, para pelajar yang terpilih juga telah menerima kotak makanan fidyah yang mengandungi barangan kering seperti beras, gula, minyak, tepung, gula, susu dan lain-lain untuk keperluan harian pelajar-pelajar yang menginap di luar asrama. Jumlah keseluruhan Agihan Fidyah MAIS Wang Saku Pelajar yang diterima oleh pihak KPTM berjumlah RM 611,150.00. Agihan Fidyah MAIS Wang Saku Pelajar ini bertujuan meringankan beban pelajar-pelajar dalam kalangan B40 yang sedang mengikuti pengajian dalam pelbagai bidang di KPTM Bangi.Terima kasih kepada semua pembayar-pembayar fidyah di negeri Selangor khususnya yang telah meringankan beban para pelajar dalam suasana ekonomi semasa yang sangat mencabar ini. Semoga segala sumbangan akan mendapat ganjaran yang sebaik-baiknya dari Allah S.W.T. MAIS KONGSI ILMU HARTA PUSAKA KEPADA PEGAWAI DI BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Putrajaya, 28 November-Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini telah… Berita Penuh November 28, 2024 MAIS JALINKAN KERJASAMA STRATEGIK FIDYAH BERSAMA KOLEJ POLY-TECH MARA BANGI KAJANG, 28 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah… Berita Penuh November 28, 2024 MAIS LUASKAN DAKWAH KESEDARAN ISU AKIDAH DAN SOSIAL PERINGKAT IPT SHAH ALAM, 27 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh November 27, 2024 PROGRAM ILAJ DAN REHAB ASNAF RIQAB (HIV/SOSIAL & DADAH) SIRI 3 TAHUN 2024 PELABUHAN KLANG, 24 November-Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian… Berita Penuh November 24, 2024 BAITULMAL MAIS SAMPAIKAN CERAMAH HIBAH DAN HARTA PUSAKA KEPADA AHLI KELAB WARGA EMAS SHAH ALAM SHAH ALAM, 23 Mac – Baitulmal MAIS hari ini telah… Berita Penuh November 23, 2024 Add Your Heading Text Here