Galleries

MAIS TERIMA LAWATAN DARI JAHEAIK
SHAH ALAM 19 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini, menerima lawatan dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK). Delegasi seramai 13 orang pegawai JAHEAIK diketuai oleh YB Dato’ Lela Perkasa Dato’ Haji Che Mohd Rahim Haji Jusoh, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) bertujuan untuk mendapatkan perkongsian ilmu dan pandangan berkaitan tatacara pengurusan hibah yang dipraktikkan oleh MAIS. Puan Norzaihan Mohd Zain, Timbalan Setiausaha (Operasi) MAIS mengalu-ngalukankehadiran delegasi dari JAHEAIK dan seterusnya mempengerusikan lawatan.”Semoga perbincangan ini dapat memberi manfaat kita bersama dalam memperkasa urusan pengurusan harta umat Islam,” katanya. Ustaz Indera Shahril Mohd Shahid, Pengarah Baitulmal MAIS turut berkongsi maklumat pengurusan baitulmal MAIS kepada delegasi JAHEAIK.Turut hadir dalam perbincangan mewakili MAIS ialah Ustaz Mohammad Salleh Abdul Saha, Ketua Bahgaian Dakwah dan Pemasaran dan Ustaz Mohd Romzi Abdullah Sani, Ketua Bahagian Baitulmal MAIS.Semoga jalinan hubungan ini dapat mengeratkan hubungan dua hala di antara MAIS dan JAHEAIK. #mais #menjunjungamanah MAIS TERIMA LAWATAN DARI JAHEAIK Iftar perdana dan penghargaan pencapaian penilaian Had Ta’lif muallaf 2024… Berita Penuh April 19, 2024 Iftar Perdana dan Majlis Meraikan Muallaf Cemerlang Iftar perdana dan penghargaan pencapaian penilaian Had Ta’lif muallaf 2024… Berita Penuh April 6, 2024 MAIS CERIAKAN ANAK YATIM, SUMBANG DUIT RAYA Paya Jaras, 3 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh April 3, 2024 MAIS SUMBANG RM10.9 JUTA BANTU OPERASI RUMAH PEMULIHAN RIQAB (RPR) SHAH ALAM, 29 Mac – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh March 29, 2024 MAIS SUMBANG RM200 RIBU KEPADA RAKYAT GAZA SHAH ALAM, 28 Mac – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh March 28, 2024 Add Your Heading Text Here
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor