PEMAKLUMAN WARTA KERAJAAN BAGI TUJUH FATWA YANG DISIARKAN PADA 22 APRIL 2024
Sebanyak tujuh fatwa disiarkan dalam Warta Kerajaan Negeri Selangor bertarikh 22 April 2024.
Tujuh fatwa tersebut ialah Penetapan Kadar Zakat Fitrah Negeri Selangor Tahun 1445H/2024M; Hukum Pengisbatan Anak Bulan; Hukum Kepenggunaan Haiwan Jallalah Industri Akuakultur di Malaysia; Hukum Penghasilan Produk Minyak Ikan (Crude Fish Oil) Daripada Sisa Ikan Mentah dan Hukum Penggunaan Asid Tartarik Dalam Industri Makanan Halal.
Turut disiarkan ialah Hukum Berurus Niaga Bersama Syarikat Yang Ditubuhkan Bagi Tujuan Atau Melakukan Transaksi Untuk Pengukuhan Kepercayaan Selain Akidah Islam dan Fahaman Dan Ajaran Makrifat Oleh Ismail Bin Ariffin@Lepat.
Bagi rujukan lanjut berkaitan fatwa ini boleh layari https://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-selangor/
Ayuh bersama sebarkan info ini agar lebih ramai yang maklum tentang fatwa terkini.