Rasuah bukanlah suatu perkara asing dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Kesalahan jenayah rasuah yang sering dilaporkan di dada-dada akhbar semakin membimbangkan sekali gus membuktikan bahawa isu ini tidak seharusnya dipandang remeh. Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) adalah badan berautoriti yang diamanahkan untuk menguruskan dana dan harta umat Islam dalam negeri Selangor telah membangunkan Pelan Antirasuah MAIS 2024-2026 menunjukkan bahawa komitmen MAIS memastikan pentadbiran agama Islam Selangor sentiasa berintegriti dan bebas dari sebarang gejala rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan dan tuntutan palsu yang boleh memberikan reputasi dan prestasi buruk kepada MAIS. Semoga dengan pelaksanaan pelan ini akan memberi impak positif kepada penyampaian perkhidmatan MAIS khususnya kepada Masyarakat Islam di Selangor dan semua pemegang taruh yang berkepentingan terhadap MAIS.
Pelan Anti Rasuah MAIS (PARMAIS) merupakan satu dokumen anti rasuah di peringkat agensi bagi menangani permasalahan dan kelemahan tadbir urus, integirit dan anti rasuah dalam menjalankan kewajipan dan fungsi MAIS yang dinyatakan di dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.
POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS)
Polisi Perlindungan Data Peribadi (“Polisi”) ini menjelaskan dasar MAIS berhubung dengan penggunaan dan perlindungan Data Peribadi pelanggan MAIS. Bagi maksud Polisi ini, “pelanggan MAIS” termasuk pelanggan perkhidmatan atau produk MAIS, pembekal, penyewa premis MAIS atau mana-mana orang lain yang menjalankan urusan dengan MAIS.
Dengan memberikan Data Peribadi kepada MAIS atau dengan meneruskan perkhidmatan atau urusan dengan MAIS, pelanggan MAIS bersetuju agar Data Peribadi pelanggan MAIS dikumpul dan diproses oleh pihak MAIS atau bagi pihak MAIS bagi tujuan yang dinyatakan dalam Polisi ini.
Bagi maksud Polisi ini, pengumpulan dan pemprosesan Data Peribadi pelanggan MAIS digunakan untuk tujuan berikut:
Data Peribadi pelanggan MAIS mungkin dipindah, diakses atau didedahkan kepada pihak ketiga bagi tujuan menyempurnakan transaksi yang dibuat atau perkhidmatan yang disediakan. MAIS mungkin melantik syarikat, pembekal perkhidmatan, rakan strategi atau individu lain untuk melaksanakan apa-apa perkhidmatan bagi pihak MAIS atau melaksanakan kuasa dan kewajipan MAIS, dan sebagai akibat daripada pelantikan itu, MAIS mungkin memberikan akses atau mendedahkan Data Peribadi pelanggan MAIS kepada pihak ketiga tersebut.
Dalam melaksanakan kewajipan MAIS menurut undang-undang, MAIS juga mungkin dikehendaki mendedahkan Data Peribadi pelanggan MAIS kepada Kerajaan Persekutuan atau Negeri, agensi penguatkuasa undang-undang, agensi-agensi kerajaan, pihak kawal selia atau pihak pengurusan agensi pelaporan kredit.
Tertakluk kepada apa-apa pengecualian di bawah undang-undang, pelanggan MAIS boleh meminta akses kepada Data Peribadi yang disimpan atau meminta pembetulan Data Peribadi atau meminta untuk menghadkan pemprosesan Data Peribadi bagi tujuan di perenggan 4.1 Polisi ini dengan menghubungi MAIS seperti berikut:
E-mel: pro@mais.gov.my
Laman web MAIS mungkin mengandungi pautan ke laman web pihak ketiga. MAIS tidak akan bertanggungjawab terhadap pengumpulan, penggunaan, penyelenggaraan, perkongsian, atau pendedahan Data Peribadi pelanggan MAIS oleh pihak ketiga tersebut. Jika pelanggan MAIS memberikan Data Peribadi secara langsung kepada laman-laman tersebut, dasar perlindungan maklumat dan syarat-syarat perkhidmatan di laman web tersebut akan diguna pakai dan MAIS tidak bertanggungjawab untuk amalan pemprosesan maklumat atau dasar perlindungan maklumat laman-laman web tersebut.
MAIS akan menyimpan Data Peribadi pelanggan MAIS selama mana yang diperlukan untuk memenuhi tujuan Data Peribadi itu dikumpulkan atau diproses atau untuk memenuhi kehendak dan kepatuhan kepada undang-undang yang berkuat kuasa atau peraturan dalaman MAIS.
MAIS berhak untuk mengemas kini Polisi ini dari semasa ke semasa. Apa-apa perubahan ketara terhadap Polisi ini akan dimaklumkan melalui laman web MAIS atau apa-apa kaedah yang sesuai dalam tempoh masa yang difikirkan sesuai oleh MAIS. Pelanggan MAIS juga dinasihatkan untuk sentiasa melawati laman web MAIS untuk mendapatkan maklumat tentang apa-apa perubahan atau makumat berhubung dengan perlindungan Data Peribadi pelanggan MAIS dari semasa ke semasa.