Utama » Kalkulator Fidyah Puasa » Taksiran Fidyah Bagi Dari Mula Tinggal Puasa
Selaras dengan kadar zakat fitrah yang dilaksanakan di Selangor, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memperkenalkan pilihan bayaran fidyah puasa Ramadan mengikut jenis beras yang dimakan pada tiga kadar yang berlainan. Bilangan hari tinggal puasa bagi kalkulator ini adalah sama/konsisten pada setiap tahun.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
"....... Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.”