Keamanan Kanak-Kanak dalam Dunia Digital
POSTER ARTIKEL06

Keamanan Kanak-Kanak dalam Dunia Digital

Dunia digital kini menjadi sebahagian penting dalam kehidupan harian, termasuk bagi kanak-kanak. Perkembangan teknologi memberikan peluang pembelajaran yang meluas, hiburan interaktif, dan hubungan sosial yang lebih terbuka. Namun, ia juga membawa pelbagai risiko kepada kanak-kanak, yang sering kali tidak sedar akan bahaya yang tersembunyi. Oleh itu, memastikan keselamatan mereka di ruang siber adalah tanggungjawab bersama ibu bapa, guru, dan masyarakat.

A6 Img1
sumber imej: www.wionews.com

Kesan Dunia Digital Terhadap Kanak-Kanak

Kanak-kanak masa kini tumbuh bersama gajet, aplikasi, dan media sosial. Platform seperti YouTube, TikTok, dan Instagram telah menjadi sebahagian daripada kehidupan harian mereka. Walaupun teknologi ini menyediakan kandungan pendidikan dan kreativiti, ia juga menjadi pintu masuk kepada pelbagai ancaman seperti buli siber, pendedahan kepada kandungan tidak sesuai, dan eksploitasi.

Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak sering terdedah kepada maklumat yang tidak ditapis, yang boleh mempengaruhi perkembangan emosi dan sosial mereka. Sebagai contoh, interaksi dengan individu tidak dikenali dalam talian boleh membawa kepada bahaya seperti penipuan atau pemangsaan. Selain itu, tekanan untuk memenuhi standard sosial yang digambarkan di media sosial boleh menyebabkan masalah harga diri, kebimbangan, dan kemurungan dalam kalangan kanak-kanak.

Ancaman dalam Dunia Digital

Beberapa ancaman utama kepada keselamatan kanak-kanak dalam dunia digital termasuk:

1. Buli Siber: Komunikasi dalam talian melalui mesej, komen, atau gambar boleh menjadi saluran untuk buli. Buli siber sering kali lebih sukar dikawal berbanding buli fizikal kerana ia berlaku secara tersembunyi dan boleh diakses pada bila-bila masa.

2. Kandungan Tidak Sesuai: Tanpa kawalan yang betul, kanak-kanak boleh terdedah kepada kandungan dewasa, keganasan, atau propaganda yang tidak sesuai dengan usia mereka.

3. Pencurian Identiti: Kanak-kanak yang kurang memahami keselamatan dalam talian boleh menjadi mangsa kepada individu yang menyamar untuk mendapatkan maklumat peribadi mereka.

4. Ketagihan Digital: Penggunaan peranti secara berlebihan boleh menyebabkan ketagihan, mengganggu rutin harian seperti tidur dan belajar.

5. Pemangsaan Dalam Talian: Pemangsa sering menggunakan platform digital untuk mendekati dan memanipulasi kanak-kanak, terutama mereka yang mudah mempercayai orang yang tidak dikenali.

LInkel com
Sumber imej: www.linkedin

Peranan Ibu Bapa dalam Melindungi Kanak-Kanak

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan kanak-kanak dalam dunia digital. Antara langkah yang boleh diambil ialah:

· Pemantauan Kandungan: Sentiasa memantau laman web, aplikasi, dan media sosial yang digunakan oleh anak-anak. Aplikasi kawalan ibu bapa

(parental control) boleh membantu menyekat akses kepada kandungan yang tidak sesuai.

· Bimbingan Penggunaan Internet: Ajarkan anak-anak tentang cara menggunakan internet dengan selamat, termasuk mengenali risiko dan bahaya. Terangkan kepada mereka tentang kepentingan menjaga privasi dalam talian, seperti tidak berkongsi maklumat peribadi dengan orang yang tidak dikenali.

· Tetapkan Had Masa: Menghadkan masa skrin adalah penting untuk mengelakkan ketagihan digital. Galakkan kanak-kanak melibatkan diri dalam aktiviti fizikal dan sosial di luar talian.

· Berkomunikasi Secara Terbuka: Pastikan anak-anak berasa selesa berkongsi pengalaman mereka dalam talian, termasuk jika mereka menghadapi situasi yang mencurigakan atau menakutkan.

Peranan Sekolah dan Komuniti

Selain ibu bapa, sekolah dan komuniti juga mempunyai tanggungjawab dalam melindungi kanak-kanak di ruang digital. Sekolah boleh menyediakan pendidikan literasi digital sebagai sebahagian daripada kurikulum, yang mengajarkan kanak-kanak untuk menggunakan teknologi dengan bijak. Guru juga boleh memantau interaksi digital antara pelajar untuk mengesan sebarang tingkah laku yang mencurigakan.

Komuniti pula boleh memainkan peranan dengan menyediakan program kesedaran keselamatan dalam talian untuk ibu bapa dan kanak-kanak. Melalui aktiviti bersama, komuniti dapat membina persekitaran yang menyokong pembangunan kanak-kanak secara holistik, termasuk di ruang digital.

A6 img5
Sumber imej: www.malaymail.com

-->
ADAKAH WANITA TIDAK BEBAS DALAM ISLAM
POSTER ARTIKEL05 v2

ADAKAH WANITA TIDAK BEBAS DALAM ISLAM

Manusia secara umumnya merupakan makhluk yang dimuliakan oleh Allah SWT sebagaimana dalam firmanNya: 

وَلَقَدْ كَرَّمْنَا بَنِيٓ ءَادَمَ وَحَمَلْنَٰهُمْ فِى ٱلْبَرِّ وَٱلْبَحْرِ وَرَزَقْنَٰهُم مِّنَ ٱلطَّيِّبَٰتِ وَفَضَّلْنَٰهُمْ عَلَىٰ كَثِيرٍۢ مِّمَّنْ خَلَقْنَا تَفْضِيلً

Maksudnya: Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam, Kami mengangkat dan menggerakkan mereka di darat dan di laut, Kami memberi mereka rezeki daripada yang baik-baik dan Kami melebihkan mereka dengan kelebihan-kelebihan atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan. (al-Isra’ : 70) 

Berdasarkan firman tersebut, penghormatan ini meliputi kaum lelaki dan perempuan. Kemuliaan lelaki diangkat kerana golongan tersebut merupakan insan yang bertanggungjawab sebagai pemimpin di dunia ini. Begitu juga wanita mempunyai peranan tertentu yang bersesuaian dengan fitrah mereka. Allah SWT mengangkat darjat kaum wanita dan tidak pernah menzalimi pada apa yang wanita berhak dapatkan daripada hak-haknya. Di samping itu, Allah SWT tidak membebani para wanita dengan perkara-perkara di luar kemampuan daripada fitrah kerana mengetahui apa yang sesuai daripada hak-hak dan tanggungjawab. 

ARTKEL5 01 03
sumber imej: https://bincangmuslimah.com/

Prof. Dr. Syeikh Ali Jum’ah dalam Al-Quds Fi al-Hadarah al-Islamiyyahmenyatakan bahawa:

“Lelaki dan wanita itu sama bahkan sekalian manusia dan sekalian makhluk Allah SWT itu sama pada asal pengabdian. Allah SWT menyamakan di antara lelaki dan wanita pada asal taklifan syariat, pahala dan balasan ke atas laksananya atau meninggalkannya.”

Kaum wanita adalah sama seperti lelaki pada asas taklif. Adapun perbezaan yang wujud di antara keduanya adalah pada zahir hak-hak dan tanggungjawab dari sudut bentuk tugasan dan peranan. Perbezaan tugasan tersebut pula bukanlah satu bentuk merendahkan satu golongan ke atas golongan yang lain, tetapi ia diletakkan bersesuaian dengan kemampuan dan fitrah masing-masing.

 

Pengertian Kebebasan Wanita dalam Perspektif Islam

Bebas yang dibawa dalam Islam adalah kebebasan yang berlandaskan syariat. Konsep yang ditekankan dalam Iḥyāa ‘Ulūmuddīn oleh Imam al-Ghazali adalah:

الحرية هي الخروج من رق الشهوات والانهماك في المعاصي والعودة إلى عبودية الله الحق

Maksudnya: Kebebasan adalah keluar dari perhambaan hawa nafsu dan keterikatan dengan dosa serta kembali untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT yang sebenar. 

ARTKEL5 02
Sumber imej: freepik.com

Firman Allah SWT: 

وَمَنْ يَعْمَلْ مِنَ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ مِن ذَكَرٍ أَوْ أُنثَىٰ وَهُوَ مُؤْمِنٌۭ فَأُو۟لَـٰٓئِكَ يَدْخُلُونَ ٱلْجَنَّةَ وَلَا يُظْلَمُونَ نَقِيرًۭا 

Maksudnya: Sesiapa yang mengerjakan amalan kebaikan baik dalam kalangan lelaki  mahupun perempuan dan dirinya beriman, maka mereka itulah golongan yang akan masuk ke dalam syurga dan tidak akan dizalimi sedikit pun. (al-Nisa :124) 

Imam al-Ghazali menyatakan bahawa kebebasan dalam Islam adalah kebebasan yang dibingkai oleh rasa tanggungjawab terhadap Allah SWT. Wanita bebas dalam kehidupan mereka selagi mana mereka mematuhi syariat dan tidak melanggar hukum Allah SWT dan perkara ini merupakan bukti bahawa Islam memberikan peluang yang sama kepada wanita dan lelaki untuk mendapatkan kebahagiaan serta kejayaan di dunia dan di akhirat. 

Konsep Bebas Pada Pandangan Barat 

Bebas didefinisikan dalam Cambridge Dictionary sebagai “the right to live in the way you want, say what you think, and make your own decisions without being controlled by anyone else” iaitu hak untuk hidup mengikut cara yang dikehendaki, bebas menyatakan pendapat dan membuat keputusan sendiri tanpa dikawal oleh sesiapa.

ARTKEL5 03 02
Sumber imej: sinarharian.com.my

Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas dalam The Concept of Freedom in Islam and the West menegaskan bahawa konsep kebebasan di Barat lebih cenderung kepada sudut materialisme dengan menekankan kebebasan individu tanpa mengambil kira tanggungjawab moral dan spiritual. Kebebasan mereka termasuk kebebasan mempromosikan eksploitasi tubuh wanita khususnya dalam media dan industri hiburan. Beliau menyatakan bahawa:

Western civilization emphasizes the material aspects of freedom, often neglecting the spiritual and moral dimensions. This leads to a fragmented worldview that undermines the holistic understanding of man as envisaged in Islam.” 

Beliau membincangkan perbezaan antara pandangan Islam dan Barat mengenai konsep kebebasan. Beliau menekankan bahawa dalam Islam, kebebasan individu berkait rapat dengan tanggungjawab moral dan spiritual. Manakala di Barat, konsep kebebasan sering dikaitkan dengan sekularisme iaitu fahaman yang menolak nilai-nilai ke­agamaan dalam kehidupan sosial manusia. 

ARTKEL5 04
Sumber imej: freepik.com

Hak-Hak Wanita dalam Islam 

1. Pendidikan 

Islam menetapkan pendidikan sebagai hak asas bagi lelaki dan wanita. Sabda Nabi SAW: 

طَلَبُ العِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ 

Maksudnya: Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap Muslim. [HR : Ibn Majah] 

 

Muslim yang dimaksudkan tersebut adalah termasuk lelaki dan wanita. Salah satu contoh teladan dalam pendidikan wanita adalah Saidatina Aisyah RA yang menjadi guru bagi umat Islam dan rujukan utama para Sahabat RA dalam perkara-perkara berkaitan hukum syarak dan agama. 

2. Sosial 

Wanita Muslim juga mempunyai tanggungjawab menyebarkan dakwah melalui amar makruf, nahi munkar. Islam membenarkan wanita untuk bekerja demi kebaikan agama, masyarakat dan negara selagi mana tidak mengabaikan tanggungjawab utama mengikut peranan masing-masing. Dalam masa yang sama, Islam mengiktiraf perbezaan antara lelaki dan perempuan terutama dari segi kekuatan fizikal. Sesetengah pekerjaan sesuai untuk lelaki dan setengahnya sesuai untuk wanita. Ini tidak bermakna Islam menafikan sumbangan lelaki mahupun wanita di dalam pekerjaan. Apa yang ditekankan adalah kesesuaian sesuatu pekerjaan itu mengikut batasan jantina dan tidak bercanggah dengan ajaran Islam. 

Islam juga memberikan hak kepada wanita untuk memilih pasangan hidup sesuai dengan keadaan dan tuntutan syarak termasuklah perkara yang berkaitan dengan hak sebagai seorang isteri dan kehidupan setelah berumahtangga. Nabi SAW bersabda: 

لاَ تُنْكَحُ الأَيِّمُ حَتَّى تُسْتَأْمَرَوَلاَ تُنْكَحُ الْبِكْرُ حَتَّى تُسْتَأْذَنَ 

Maksudnya: Seorang janda tidak boleh dinikahkan sehingga dia diminta persetujuannya dan seorang anak dara tidak boleh dinikahkan sehingga dia diminta izinnya. [HR : Bukahri] 

Di samping itu, wanita juga diberikan hak untuk membubarkan atau memutuskan hubungan perkahwinan melalui tuntutan fasakh seandainya suami berlaku zalim atau tidak melaksanakan tanggungjawab yang sepatutnya.  

3.Ekonomi 
Islam memberikan wanita hak memiliki harta dan bebas menguruskan hartanya. Firman Allah SWT: 

لِلرِّجَالِ نَصِيبٌ مِّمَّا اكْتَسَبُوا وَلِلنِّسَاءِ نَصِيبٌ مِّمَّا اكْتَسَبْنَ ۚ 

Maksudnya: Bagi lelaki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan dan bagi wanita ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan. (al-Nisa : 32) 

Selain itu, wanita juga mempunyai hak untuk menerima bahagian dalam pewarisan harta mengikut darjat hubungan kekeluargaan. Allah SWT berfirman: 

لِلرِّجَالِ نَصِيبٌ مِّمَّا تَرَكَ ٱلْوَٰلِدَانِ وَٱلْأَقْرَبُونَ وَلِلنِّسَآءِ نَصِيبٌ مِّمَّا تَرَكَ ٱلْوَٰلِدَانِ وَٱلْأَقْرَبُونَ مِمَّا قَلَّ مِنْهُ أَوْ كَثُرَ ۚ نَصِيبًۢا مَّفْرُوضًا

Maksudnya: Bagi lelaki ada bahagian daripada harta peninggalan ibu bapa dan kaum kerabat, dan bagi perempuan pula ada bahagian daripada harta peninggalan ibu bapa dan kaum kerabat, baik sedikit ataupun banyak menurut bahagian yang telah diwajibkan Allah. (al-Nisa : 7)  

ARTKEL5 06
Sumber imej: https://images.pexels.com/

Penetapan hak dan tanggungjawab bagi setiap jantina mempunyai hikmah yang tersendiri. Hak-hak tersebut menunjukkan betapa Islam memuliakan dan memelihara maruah wanita. Islam juga memberikan kepada mereka kedudukan yang adil dalam keluarga serta masyarakat. Isu keadilan dan kesaksamaan terhadap kaum wanita seharusnya dilihat secara menyeluruh dan tidak boleh dilihat dari sudut pandang hak-hak semata-mata. Akan tetapi, ia turut memerlukan kepada penelitian yang lebih mendalam dan merangkumi aspek tanggungjawab terhadap hubungan sosial sesama manusia serta tanggungjawab terhadap hubungan antara seorang hamba dan Penciptanya.  

Islam menempatkan wanita dalam keluarga dan masyarakat pada kedudukan yang sewajarnya. Terdapat banyak ayat al-Quran dan hadis yang menyebutkan tentang persamaan antara lelaki dan perempuan sama ada daripada segi nilai kemanusiaan, hukum, urusan sivil, jenayah dan sebagainya. Persamaan yang dimaksudkan oleh Islam antara lelaki dan wanita bukanlah persamaan yang sepenuhnya. Hal ini adalah kerana dalam sesetengah perkara wanita tidak dapat melaksanakan tugas-tugas lelaki sepenuhnya dan begitulah sebaliknya. 

Dakwaan Tiada Kebebasan Bagi Wanita Dalam Islam 

Kenyataan bahawa tiada kebebasan bagi wanita dalam Islam telah menjadi topik perbincangan dalam forum hak asasi manusia antarabangsan sama ada di bawah triti atau konvensyen hak asasi manusia. Di mana, CEDAW (Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination Against Women) iaitu ‘Konvensyen Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita’ merupakan medan bagi sebahagian pempengaruh Barat untuk menekan negara-negara Islam dan menuduh bahawa Islam menekan wanita dan berlaku tidak adil kepada wanita Islam dengan mengatakan bahawa wanita Islam tiada hak dalam Islam.  

Namun begitu, Malaysia telah meletakkan beberapa reservations (pengecualian) terhadap beberapa artikel yang telah dikeluarkan oleh CEDAW terutamanya yang dianggap bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, undang-undang syariah dan norma budaya tempatan yang telah sekian lama dijadikan sebagai pegangan hidup masyarakat Islam di Malaysia. Sebahagian besar reservations tersebut adalah berkaitan dengan bidang kuasa Mahkamah Syariah dan isu-isu perkahwinan, perceraian, penjagaan anak dan nafkah yang tertakluk kepada undang-undang Islam bagi orang Islam di Malaysia. Pengecualian tersebut telah dikaitkan dengan keperluan untuk mematuhi undang-undang keluarga Islam yang diamalkan di Malaysia. 

Dalam Islam, kesamarataan antara lelaki dan wanita bukan bermakna sama dalam semua hal akan tetapi adil mengikut peranan dan tanggungjawab yang ditetapkan oleh syarak. Oleh itu, sebahagian prinsip CEDAW yang menuntut kesamarataan penuh (absolute equality) adalah berkonflik dengan konsep keadilan dalam Islam yang menekankan keseimbangan hak dan tanggungjawab. 

Kesimpulan 

Islam mengajarkan bahawa kebebasan wanita bukanlah kebebasan mutlak. Sebaliknya ia adalah kebebasan yang dipandu oleh syariat. Islam memuliakan wanita dengan memberi kebebasan yang berpaksikan kepada syariat, berbeza dengan budaya Barat yang cenderung kepada kebebasan tanpa batas atau ikutan budaya. Islam memposisikan kebebasan wanita sebagai sesuatu perkara yang bermaruah dan bermanfaat kepada masyarakat. Erti bebas yang sebenar bagi wanita Muslimah adalah apabila dirinya memahami hak-hak dan melaksanakan tanggungjawab sesuai dengan apa yang diperintahkan oleh Allah SWT. 

ARTKEL5 05
Sumber imej: https://www.vecteezy.com/
POSTER ARTIKEL04

Double Jeopardy

Pengenalan Dalam sistem perundangan, prinsip Double Jeopardy merujuk kepada larangan...

Baca Lagi

Add Your Heading Text Here

-->
PENGERUSI MAIS TURUT HADIR MAJLIS PENYEMPURNAAN KURSUS PERDANA HAJI PERINGKAT NEGERI SELANGOR 1446 HIJRAH
491996012 1056862623025603 6197121690266298902 n

PENGERUSI MAIS TURUT HADIR MAJLIS PENYEMPURNAAN KURSUS PERDANA HAJI PERINGKAT NEGERI SELANGOR 1446 HIJRAH

491996012 1056862623025603 6197121690266298902 n SHAH ALAM 20 April-YAD Senator Dato Setia Haji Salehuddin bin Saidin, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor turut hadir di Majlis Penyempurnaan Kursus Perdana Haji peringkat Negeri Selangor anjuran Lembaga Tabung Haji dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 20 April. Perasmian Majlis Penyempurnaan Kursus Perdana Haji peringkat Negeri Selangor ini telah disempurnakan oleh DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj. Dalam titah ucapan Baginda di hadapan lebih 8,000 bakal jemaah haji dari Selangor tahun ini, Baginda mengingatkan umat Islam tidak menganiaya sesama Islam dengan mengambil kesempatan mengadakan pakej-pakej haji palsu untuk mengaut keuntungan secara menipu dan memperdayakan umat Islam. Baginda turut mengingatkan terus mengekalkan disiplin diri semasa berada di Tanah Suci nanti dan menjaga nama baik Negeri Selangor dan Malaysia. Tumpukan perhatian kepada ibadah di Tanah Suci dan elakkan daripada terlibat dalam sebarang bantahan atau demonstrasi. Dalam pada itu, Baginda juga berpesan kepada semua jemaah haji Malaysia terutamanya dari Selangor perlu menjaga kesihatan diri kerana ibadah Haji memerlukan banyak pergerakan fizikal yang sihat. Sementara itu, YB Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Naim bin Mokhtar, Menteri Agama di Jabatan Perdana Menteri menyampaikan sembah ucapan sempena Majlis Penyempurnaan Kursus Perdana Haji Peringkat Negeri Selangor.Turut hadir YAD Dato' Setia Prof Madya Dr. Haji Anhar bin Haji Opir, SS Dato' Seri Utama Diraja Mufti Negeri Selangor; YB Dato' Dr. Ahmad Fadzli bin Ahmad Tajuddin, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor; YB Datuk Dr. Haniff bin Zainal Abidin, Pegawai Kewangan Negeri Selangor; YB Dato' Salim bin Soib@Hamid, Penasihat Undang-Undang Negeri; YB Tuan Dr. Mohammad Fahmi bin Ngah, Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Negeri Selangor; YBhg. Dato' Haji Mohd Shahzihan bin Ahmad, Pengarah JAIS dan ketua jabatan berkaitan. #mais #menjunjungamanah




Add Your Heading Text Here

Add Your Heading Text Here

-->
MAIS SUMBANG RM103,100.00 KEPADA 30 PUSAT PENGURUSAN PENGISLAMAN
491966682 1055339899844542 2254123375457263794 n

MAIS SUMBANG RM103,100.00 KEPADA 30 PUSAT PENGURUSAN PENGISLAMAN

491966682 1055339899844542 2254123375457263794 n Shah Alam, 19 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyerahkan sumbangan berjumlah keseluruhan sebanyak RM103,100.00 kepada 30 Pusat Pengurusan Pengislaman (PPP) MAIS bagi menghargai peranan dan kebajikan pusat tersebut dalam membantu MAIS menguruskan proses pendaftaran pengislaman mengikut prosedur yang ditetapkan. Sumbangan yang menggunakan peruntukan dana zakat ini sebagai galakan dan motivasi PPP MAIS yang telah berjaya menguruskan proses pendaftaran pengislaman dengan sempurna sepanjang tahun 2024. Selain itu, sumbangan ini juga sebagai penghargaan kepada PPP MAIS dalam membantu gerak kerja pengurusan pengislaman di negeri Selangor sejajar dengan peranan PPP MAIS iaitu memudahkan dan melancarkan lagi proses pengurusan pengislaman dan membantu MAIS dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) dalam proses penjagaan, perlindungan serta pengajaran kepada asnaf muallaf di negeri Selangor. Penyerahan simbolik sumbangan disempurnakan oleh YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin Saidin, Pengerusi MAIS dalam Majlis Apresiasi dan Jalinan Ukhwah Pusat Pengurusan Pengislaman 2025 yang diadakan di Wisma PKPS di sini hari ini.Antara penerima ialah Pertubuhan Kebajikan Islam dan Dakwah Malaysia (PERKIM) Selangor; Hidayah Centre Foundation (HCF); Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah; Islamic Outreach ABIM (PIIM) dan Masjid Al-Falah USJ9. Sehingga kini, sebanyak 41 Pusat Pengurusan Pengislaman (PPP) disediakan oleh MAIS bagi memudahkan proses pendaftaran pengislaman terutama di Selangor. PPP MAIS bertanggungjawab membantu dan memberi konsultasi kepada mana-mana individu yang berhasrat untuk membuat pendaftaran pengislaman dengan suci hati dan kerelaan sendiri tanpa paksaan daripada mana-mana individu atau pihak lain. MAIS telah mendaftarkan seramai 1,875 individu menjadi muallaf sepanjang tahun 2024. Daripada 1,875 individu tersebut, seramai 1,031 individu didaftarkan pengislaman di PPP MAIS yang terdiri daripada masjid dan Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (PIBK), manakala seramai 844 individu telah didaftarkan pengislaman di Ibu Pejabat MAIS, Pejabat Ketua Pendaftar Muallaf dan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID). Pada majlis yang sama, MAIS turut menyerahkan simbolik Sumbangan Agihan Fidyah MAIS dalam bentuk wang tunai berjumlah RM30,000.00 kepada 100 orang muallaf di negeri Selangor. Sumbangan bertujuan meringankan kos sara hidup bagi muallaf yang memerlukan. #mais #menjunjungamanah




Add Your Heading Text Here

Add Your Heading Text Here

-->
PROGRAM TURUN PADANG PENGERUSI MAIS
491710417 1054824946562704 1182551679605478679 n

PROGRAM TURUN PADANG PENGERUSI MAIS

491710417 1054824946562704 1182551679605478679 n SERENDAH, 18 April – Program turun padang Pengerusi Majlis Agama Islam MAIS, YAD Senator Dato' Setia Haji Salehuddin Saidin, diteruskan dengan mengadakan lawatan ke Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman dan Pusat Pemulihan Baitul Islah MAIS & AADK hari ini.Program turun padang dimulakan di Pusat Pemurniaan Akidah Baitul Iman. Kehadiran Pengerusi MAIS disambut baik oleh Penguasa Baitul Iman, Puan Mazlina Osman. Dalam program tersebut, Pengerusi MAIS diberikan perkongsian berhubung proses pendaftaran pelatih, program dan aktiviti pelatih di pusat serta modul pemulihan yang digunakan di pusat tersebut.Kemudian Program Turun Padang Pengerusi MAIS diteruskan ke Pusat Pemulihan Baitul Islah MAIS & AADK. Antara pengisian dalam lawatan ke Baitul Islah ialah perkongsian taklimat ringkas pentadbiran Baitul Islah dan pembentangan isu semasa pentadbiran Hal Ehwal Islam Selangor di Baitul Iman dan Baitul Islah. Turut hadir Prof. Dr. Salasiah binti Hanin Hamjah, Anggota MAIS merangkap Pengerusi Jawatankuasa Riqab; Dr. Haji Ahmad Shahir bin Makhtar, Setiausaha MAIS; Dr Hajah Norzaihan Mohd Zain, Timbalan Setiausaha MAIS (Operasi) MAIS dan Dr. Hajah Norraini binti Nordin, Pengarah Pembangunan Sosial, MAIS. Baitul Iman dan Baitul Islah merupakan rumah pemulihan di bawah Bahagian Pemulihan Al-Riqab MAIS. Baitul Islah mendapat kerjasama dengan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) bagi memberi pemulihan, rawatan dan perlindungan penagih dadah yang dijangkiti HIV. Manakala Baitul Iman pula adalah sebuah pusat pemurnian akidah dan akhlak terutama bagi lelaki. #mais #menjunjungamanah




Add Your Heading Text Here

Add Your Heading Text Here

-->
MAIS TERIMA SUMBANGAN WAKALAH DARI PERBADANAN HARTANAH BERHAD
491395074 1052468476798351 5873499938360829040 n

MAIS TERIMA SUMBANGAN WAKALAH DARI PERBADANAN HARTANAH BERHAD

491395074 1052468476798351 5873499938360829040 n SHAH ALAM, 15 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini menerima sumbangan wakalah berjumlah RM100,000.00 dari Perbadanan Hartanah Berhad (PHB) untuk disalurkan kepada golongan asnaf terpilih di negeri Selangor. Penyerahan simbolik cek cura disampaikan oleh Encik Zulkifli Ishak, Ketua Pegawai Eksekutif PHB kepada YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin Saidin, Pengerusi MAIS di Bangunan Sultan Idris Shah. Menerusi penyerahan sumbangan wakalah berkenaan, pihak MAIS akan mengagihkan sumbangan tersebut kepada 11 orang penerima asnaf yang layak melalui Program Bidayatul Al-Falah. Program ini merupakan inisiatif pihak MAIS dalam membimbing dan memantau prospek untuk menjadi usahawan (makanan, atau tani, atau ternakan) dalam usaha membantu kelangsungan hidup supaya prospek mempunyai daya tahan tinggi serta berdikari. Pemantauan program ini mendapat kerjasama dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS) iaitu anak syarikat di bawah MAIS. “Terima kasih diucapkan kepada pihak PHB atas sumbangan wakalah yang diberikan. Pihak MAIS juga terbuka kepada mana-mana institusi dalam penyerahan wakalah untuk disampaikan kepada asnaf di negeri Selangor,”kata Pengerusi MAIS. Turut hadir ialah Dr Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS; Dr Hajah Norzaihan Mohd Zain, Timbalan Setiausaha (Operasi) MAIS; Dr Hajah Norraini Nordin, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS dan Encik Mohd Hasnul Redza Abdul Rahim, Ketua Pegawai Eksekutif TERAS. #mais #menjunjungamanah 



Add Your Heading Text Here

Add Your Heading Text Here

-->
KEBAKARAN GAS PUTRA HEIGHTS: MAIS SANTUNI 234 MANGSA, AGIH BANTUAN KOTAK MAKANAN KERING DAN WANG SAKU PELAJAR BERNILAI RM57,876.00
490134956 1049348870443645 5814687774154999017 n

KEBAKARAN GAS PUTRA HEIGHTS: MAIS SANTUNI 234 MANGSA, AGIH BANTUAN KOTAK MAKANAN KERING DAN WANG SAKU PELAJAR BERNILAI RM57,876.00

490134956 1049348870443645 5814687774154999017 n Putra Heights - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini menyantuni 234 mangsa termasuk pelajar-pelajar yang terjejas dengan mengagihkan bantuan kotak makanan kering dan wang saku pelajar bernilai keseluruhan RM57,876.00 akibat insiden kebakaran saluran paip gas Putra Heights di sini. Daripada jumlah keseluruhan RM57,876.00, sebanyak RM35,076.00 diperuntukkan bagi bantuan kotak makanan kering dan RM22,800.00 bagi Agihan Fidyah Wang Saku Pelajar. Seramai 158 orang ketua keluarga menerima bantuan kotak makanan kering bernilai RM220. Setiap ketua keluarga menerima kotak makanan kering berupa beras, gula,minyak masak,tepung gandum, susu, bihun, kicap, sos, biskut, makanan dalam tin dan minuman coklat. Manakala, 76 orang pelajar sekolah menerima bantuan Agihan Fidyah Wang Saku Pelajar melibatkan bantuan tunai sebanyak RM300 bagi setiap pelajar yang terjejas. Sumbangan bantuan menggunakan peruntukan wang Fidyah MAIS bertujuan membantu meringankan tekanan dan kesulitan yang dihadapi mangsa yang terlibat termasuk pelajar-pelajar yang terkesan dan sebagai persediaan masuk ke rumah sewa. Majlis penyampaian bantuan disempurnakan oleh YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin Saidin, Pengerusi MAIS di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Serbaguna Masjid Putra Heights. MAIS berharap sumbangan yang diterima sedikit sebanyak dapat memastikan mangsa cukup makanan serta meringankan kos perbelanjaan pembelian makanan harian. Orang ramai yang ingin membuat bayaran dan taksiran fidyah boleh melayari laman web MAIS di www.mais.gov.my atau bayaran boleh dibuat terus menerusi  https://www.mais.gov.my/kalkulator-fidyah-puasa/.



Add Your Heading Text Here

Add Your Heading Text Here

-->
73 PELAJAR UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM) TIMBA PENGALAMAN DI MAIS
489952290 1049328747112324 8024483576810343815 n

73 PELAJAR UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM) TIMBA PENGALAMAN DI MAIS

489952290 1049328747112324 8024483576810343815 n SHAH ALAM, 11 April – Seramai 73 pelajar dari Fakulti Perakaunan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) hadir ke Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi menimba pengalaman dan pengetahuan berkaitan pengurusan Baitulmal. Rombongan lawatan diketuai oleh Dr Ros Aniza Mohd Shariff, Assistant Professor UIAM disambut mesra oleh Ustaz Indera Shahril Mohd Shahid, Pengarah Baitulmal MAIS. Antara lain dalam lawatan bertujuan mendapatkan maklumat berhubung pengurusan Baitulmal terutama amalan pengurusan harta Amanah, Hibah, Wasiat dan Pusaka. Selain itu, lawatan ini memberi peluang kepada mahasiswa dan mahasiswi UIAM untuk menjalankan program diskusi ilmu ilmiah dua hala dengan pihak Baitulmal MAIS. “Semoga perkongsian dan pengalaman ini dijadikan panduan kepada pelajar-pelajar dalam menimba ilmu pengetahuan khususnya dalam pengurusan Baitulmal,”katanya. Sementara itu, Dr Ros Aniza berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada MAIS atas kesudian menerima lawatan dan berharap agar pelajar-pelajar dapat menggunakan pengalaman dan pengetahuan dalam pembelajaran terutama pengurusan baitulmal. #mais #menjunjungamanah


Add Your Heading Text Here

Add Your Heading Text Here

-->
PROGRAM TURUN PADANG PENGERUSI MAIS KE DAERAH SABAK BERNAM
489929114 1049138420464690 1594526617334564567 n

PROGRAM TURUN PADANG PENGERUSI MAIS KE DAERAH SABAK BERNAM

489929114 1049138420464690 1594526617334564567 n SABAK BERNAM, 10 April 2025 – Pengerusi Majlis Agama Islam MAIS, YAD Senator Dato' Setia Haji Salehuddin bin Saidin, menjayakan Program Turun Padang di daerah Sabak Bernam bagi tujuan suai kenal dan mengenalpasti isu berkaitan hal ehwal Islam di daerah ini. Program dimulakan di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan (PPWBE). Kehadiran Pengerusi MAIS disambut baik oleh Penguasa Baitul Ehsan, Puan Nazatushima binti Othman. Dalam program tersebut, Pengerusi MAIS diberikan perkongsian berhubung proses pendaftaran pelatih, program dan aktiviti pelatih di pusat serta modul pemulihan yang digunakan di pusat tersebut. Antara lain hasrat Pengerusi MAIS adalah: i. PPWBE perlu berusaha untuk tambah penghuni dengan giat mengadakan promosi termasuk menjalinkan kerjasama dengan Majlis Agama Islam Negeri-Negeri; ii. Sekiranya terdapat kekangan dalam perundangan berhubung penambahan tempoh pemulihan perlu dibincangkan dengan pihak-pihak yang berkaitan; dan iii. PPWBE juga perlu menambah kursus baharu dalam bidang teknologi maklumat sebagai pendedahan kepada pelatih di PPWBE. Beliau juga melawat sekitar PPWBE bagi melihat kemudahan yang disediakan untuk pemulihan pelatih di sini. Seterusnya, beliau juga menghadiri Program Mahabbah Idulfitri anjuran PPWBE dan menyempurnakan penyampaian sumbangan duit raya kepada pelatih dan turut beramah mesra bersama keluarga pelatih yang hadir. Kemudian Program Turun Padang Pengerusi MAIS diteruskan ke Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Sabak Bernam. Di PAID, Pegawai Tadbir Agama (PTA) Daerah Sabak Bernam, Ustaz Mohammad Khair bin Zainal menyambut mesra ketibaan Pengerusi MAIS. Antara pengisian dalam lawatan di PAID Sabak Bernam ialah perkongsian taklimat berkaitan pengurusan pentadbiran hal ehwal Islam di daerah Sabak Bernam. Beliau juga terharu dengan kehadiran Pengerusi MAIS ke Pejabat Agama Islam Daerah Sabak Bernam yang dianggapnya amat bertuah. Sementara itu, Pengerusi MAIS dalam ucapannya berkata, beliau mengharapkan agar pihak PAID Sabak Bernam sentiasa cakna dengan perkembangan isu semasa yang berlaku di media sosial. "Saya mengharapkan agar pihak PAID Sabak Bernam sentiasa menitikberatkan perkembangan isu semasa dalam media sosial terutamanya yang berkaitan dengan hal ehwal Islam di Sabak Bernam ini agar ia dapat ditangani segera," katanya. Selain itu, Pengerusi MAIS juga berhasrat agar PAID Sabak Bernam melalui Unit Penyelidikan perlu proraktif dalam memastikan tiada isu ajaran sesat berlaku di daerah Sabak Bernam. Tambahan pula,pihak masjid dan surau disekitar daerah Sabak Bernam juga perlu dipantau supaya tiada sebarang unsur-unsur politik dimasukkan dalam pengurusan masjid dan surau. Turut hadir Prof. Dr. Salasiah binti Hanin Hamjah, Anggota MAIS merangkap Pengerusi Jawatankuasa Riqab; Dr. Haji Ahmad Shahir bin Makhtar, Setiausaha MAIS; Puan Siti Razmah binti Idris, Timbalan Pengarah Operasi, JAIS; Dr. Hajah Norraini binti Nordin, Pengarah Pembangunan Sosial, MAIS dan Puan Hajah Noormala binti Mohd Sa'ad, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat, MAIS. #MAIS#Menjunjungamanah#turunpadang




Add Your Heading Text Here

Add Your Heading Text Here

-->
PENGERUSI MAIS RAI HARI RAYA BERSAMA MANGSA KEBAKARAN DI PUSAT PERLINDUNGAN SEMENTARA MASJID PUTRA HEIGHTS
488705940 1045499370828595 2988751428676864598 n 1

PENGERUSI MAIS RAI HARI RAYA BERSAMA MANGSA KEBAKARAN DI PUSAT PERLINDUNGAN SEMENTARA MASJID PUTRA HEIGHTS

488705940 1045499370828595 2988751428676864598 n 1 PUTRA HEIGHTS, 6 APRIL-Pengerusi MAIS, Yang Amat Dihormati Dato' Setia Haji Salehuddin bin Saidin menziarahi dan beramah mesra bersama mangsa di Pusat Perlindungan Sementara (PPS) Putra Heights hari ini sempena jamuan raya yang diadakan di sini. Pengerusi MAIS turut hadir ke reruai yang disediakan oleh agensi dan juga turut ke gerai-gerai juadah raya yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Dalam kunjungan ini, Pengerusi MAIS turut diberi penerangan oleh pegawai dari Pejabat Daerah dan Tanah Petaling berhubung situasi semasa di PPS berkenaan. Turut hadir Datin Setia Hajah Nursinah binti Adzmi, isteri Pengerusi MAIS bersama beberapa pegawai MAIS.



Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor