Jendela Mahkamah

HADHANAH: Hak penjagaan kanak-kanak

Soalan: Assalamualaikum wrm wbt, Siapakah orang yang berhak menjaga kanak-kanak?

Jawapan:Waalaikumussalam wrm wbt, Seksyen 81, Akta [303],

1. Tertakluk kepada Seksyen 82, ibu adalah yang paling berhak daripada segala orang bagi menjaga anak kecilnya dalam masa ibu itu masih dalam perkahwinan dan juga selepas perkahwinannya dibubarkan.

Soalan: Apakah syarat-syarat menjadi hadinah/penjaga?

Seksyen 82, Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah- wilayah Persekutuan) 1984 [Akta 303] memperuntukkan bahawa syarat-syarat menjadi hadinah ialah:

a. Dia adalah seorang Islam;
b. Dia adalah sempurna akal;
c. Dia berumur yang melayakkan dia memberikan kepada kanak-kanak itu jagaan dan kasih sayang yang diperlukan oleh kanak-kanak itu;
d. Dia berkelakuan baik dari segi akhlak Islamiah; dan
e. Dia tinggal di tempat di mana kanak-kanak itu tidak mungkin menghadapi apa-apa akibat buruk dari segi akhlak atau jasmani.

 

Soalan: Berapa lamakah tempoh penjagaan kanak-kanak yang ditetapkan oleh undang-undang?

1. Seksyen 84(1) Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah- wilayah Persekutuan) 1984 [Akta 303] memperuntukkan bahawa hak hadinah bagi menjaga seseorang kanak-kanak tamat apabila kanak-kanak itu mencapai umur tujuh tahun, jika kanak-kanak itu lelaki, dan umur sembilan tahun, jika kanak-kanak itu perempuan, tetapi Mahkamah boleh, atas permohonan hadinah, membenarkan dia menjaga kanak- kanak itu sehingga kanak-kanak itu mencapai umur sembilan tahun, jika kanak-kanak itu lelaki, dan umur sebelas tahun, jika kanak-kanak itu perempuan.

2. Setelah tamatnya hak hadinah, penjagaan adalah turun kepada bapa, dan jika kanak-kanak itu telah mencapai umur kecerdikan (mumaiyiz), maka kanak-kanak itu adalah berhak memilih untuk tinggal dengan sama ada ibu atau bapanya, melainkan jika Mahkamah memerintahkan selainnya.

Soalan: Bagaimanakah hendak memfailkan hadhanah di Mahkamah Syariah?

Failkan kes di Mahkamah Tinggi Syariah di mana kita bermastautin atau dapatkan khidmat guaman daripada Peguam Syarie di Biro Bantuan Guaman atau swasta. Edisi

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button