Info Sihat

Bait Al-mawaddah – Pusat Jagaan Warga Emas

Kompleks Warga Emas Bait Al-Mawaddah telah ditubuhkan pada tahun 2014 oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi memberi perlindungan kepada warga emas golongan asnaf yang terbiar. Ia dibina di atas sebidang tanah wakaf milik MAIS seluas 3 ekar di Kampung Jalan Kebun, Seksyen 30, Shah Alam dengan kos pembinaan sebanyak RM3 juta. Bait Al-Mawaddah bermaksud Rumah Kasih Sayang.

Ia merupakan salah satu usaha LZS menyantuni golongan warga emas dalam kalangan asnaf fakir dan miskin di Selangor yang hidup sebatang kara atau mempunyai waris, namun tidak berkemampuan untuk menjaga mereka. Melalui pusat jagaan ini, warga emas diberikan tempat perlindungan yang selesa, lebih teratur dan dilengkapi prasarana serba lengkap dan mesra warga emas. Disamping itu, terdapat program-program yang dilaksanakan seperti senaman pagi, aktiviti kraftangan, memasak serta aktiviti kerohanian agama yang meliputi kelas fardhu ain dan ceramah agama.

OBJEKTIF PENUBUHAN

  • Memberi perlindungan, pengawasan, pemulihan dan pembangunan diri yang berkesan kepada warga emas yang tergolong daripada fakir dan miskin yang tidak terbela.
  • Memberi jagaan dan rawatan kepada warga emas demi menjamin kesejahteraan dan kualiti hidup mereka.
  • Menjaga kebajikan penghuni pusat penjagaan warga emas dengan baik.
  • Mewujudkan persekitaran yang sihat, cergas, ceria, harmoni, kasih sayang serta kondusif dalam kehidupan warga emas.

 

SYARAT KEMASUKAN

  • Islam – Pemohon mestilah beragama Islam.
  • Fakir Miskin – Mestilah merupakan asnaf fakir miskin yang berdaftar di Lembaga Zakat Selangor.
  • Berusia 60 tahun ke atas – Warga Emas merujuk individu yang berumur 60 tahun dan ke atas seperti yang diterima pakai oleh Jabatan kebajikan Masyarakat (JKM).
  • Boleh Menguruskan Diri Sendiri – Kemasukan warga emas tersebut mesti sihat tubuh badan, tidak terlantar dan boleh menguruskan diri sendiri.

Bait Al-Mawaddah ini juga dilengkapi dengan 26 buah bilik yang mampu menempatkan sehingga 52 orang penghuni pada satu-satu masa. Turut juga disediakan kemudahan klinik, bilik fisioterapi, surau, bilik kuliah, dewan makan dan taman serta landskap untuk para penghuninya.

Berkonsepkan Baiti Al-Jannati (Rumahku Syurgaku), pusat jagaan ini menekankan enam aspek utama iaitu membina kebahagiaan, meningkatkan daya intelektual,memastikan penjagaan kesihatan, menghidupkan suasana penghayatan Islam, keselesaan, dan dipenuhi suasana penyayang serta ukhuwah sesama penghuni.

Secara rasminya pada tanggal 27 September 2016, Duli Yang Maha Mulia, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj merasmikan Pusat Jagaan Warga Emas Zakat Selangor dan dikenali dengan nama Bait Al-Mawaddah. Edisi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button