NGOi

Pusat Jagaan Nur Hasanah

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mempunyai Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (PIBK) yang berdaftar di bawah MAIS dalam membantu menjalankan fungsinya terutama yang melibatkan kebajikan dan sosial ummah Islam di Negeri Selangor. 10 kluster telah diwujudkan bagi menjalankan fungsi-fungsi yang melibatkan sosio ummah di Negeri Selangor.

Antara kluster yang hendak diketengahkan dalam Edisi kali ini ialah cluster Kebajikan Fakir dan Miskin. Di bawah cluster ini terdapat 11 pertubuhan dan persatuan yang telah didaftarkan di bawah MAIS. Persatuan yang nak diketengahkan dalam Edisi kali ini ialah Pusat Jagaan Nur Hasanah.

Pusat Jagaan Nur Hasanah ini telah ditubuhkan pada September 2006 yang berperanan menempatkan pesakit-pesakit lelaki yang terdampar dan miskin dan tiada tempat tinggal, Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas, dan Saudara Baru. Mereka ini kebanyakannya dibawa oleh orang awam ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan ditinggalkan di hospital.

Selain itu, pusat ini juga memenuhi keperluan sementara (transit) pesakit-pesakit yang miskin dan tidak berkemampuan serta tidak mempunyai saudara-mara. Pesakit-pesakit ini yang menerima rawatan jangka panjang tidak memerlukan mereka tinggal di di dalam wad kerana ini akan mengakibatkan kepadatan wad dan akan terdedah kepada risiko jangkitan penyakit.

Antara aktiviti utama pusat jagaan ini adalah khidmat kaunseling, bimbingan keagamaan dan kerohanian, bimbing dan didik spiritual serta emosi, kemahiran tangan dan latihan fisioterapi. Pusat Jagaan Nur Hasanah sedia menerima sumbangan daripada individu, sektor korporat dan organisasi kerajaan dan bukan kerajaan. Sumbangan anda layak dikecualikan dari cukai pendapatan (Seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967). Edisi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button