SUBANG JAYA, 22 September 2022 – YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS turut menghadiri Majlis Perasmian Masjid Putra Height, Subang Jaya, Daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan yang diadakan pada 22 September. Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, Sultan Selangor berkenan merasmikan masjid ini dengan nama Masjid Putra Height. Masjid Putra Height. Masjid ini siap sepenuhnya pada 17 April 2022. Masjid ini juga mampu menampung sejumlah 5000 jemaah pada satu-satu masa dan mampu memenuhi keperluan penduduk setempat. Berdasarkan kapasiti tersebut, Masjid Putra Height adalah antara masjid terbersar di Daerah Petaling. Masjid ini turut dibina bersama-sama dewan serbaguna yang boleh berfungsi dalam pelbagai acara dan keadaan seperti menjadi Pusat Penempatan Sementara (PPV) mangsa banjir yang melanda Negeri Selangor pada akhir 2021 lalu. Turut hadir Y.D.H Orang Kaya Maha Bijaya, Dato’ Haji Emran Bin Kadir, Orang Besar Daerah Petaling. MAIS PERUNTUK DANA RM500,000 SETAHUN, SANTUNI ANAK YATIM – Gotong-Royong Agih 600 bubur lambuk kepada anak-anak yatim sempena Ramadhan KLANG – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memperuntukkan dana sumbangan… Berita Penuh April 17, 2023 BAITUL ISLAH MAIS & AADK ANJUR MAJLIS IFTAR SEMPENA SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN 1444 H SERENDAH, 10 April 2023 – Pusat Perlindungan Baitul Islah Majlis… Berita Penuh April 17, 2023 JEMPUTAN CERAMAH PENYUCIAN HARTA DI RISDA HOLDINGS AMPANG, 7 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh April 17, 2023 MAIS SUMBANG RM11.3 JUTA BANTU OPERASI RUMAH PEMULIHAN RIQAB (RPR) SHAH ALAM, 9 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh April 17, 2023 MAJLIS PERASMIAN MASJID TAMAN ALAM JAYA DAN MAJLIS BERBUKA PUASA DYMM SULTAN SELANGOR BERSAMA RAKYAT DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA 1444H PUNCAK ALAM, 8 April 2023 – Duli Yang Maha Mulia… Berita Penuh April 17, 2023