Berita MAIS

AGIHAN FIDYAH MAIS RM45,480.00 DIAGIH KEPADA 379 PENERIMA YANG LAYAK DI DAERAH KLANG
20 Oktober 2022 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengagihkan kutipan fidyah berjumlah RM45,480.00 kepada golongan penerima yang memerlukan. Terdapat 29 tempat agihan iaitu semuanya di Daerah Klang dengan jumlah 379 orang penerima barangan kotak makanan kering dengan nilai RM45,480.00 yang layak menerima bantuan fidyah MAIS berupa set makanan kering seperti beras, minyak masak, gula, tepung dan susu. Agihan fidyah ini disalurkan menerusi Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSFM) antaranya SMK Bandar Baru Sultan Sulaiman, Masjid Jamek Samadiah Pelabuhan Klang, SMK Tengku Ampuan Jemaah, Masjid Al-Islah Kpg. Nelayan Telok Gong , SK Bukit Kapar, SMK Meru dan lain-lain lokasi. Terima kasih kepada semua pembayar fidyah, semoga sumbangan yang diberikan ini dapat membantu meringankan bebanan mereka semua. Kepada anda yang masih belum sempat menunaikan kewajipan membayar fidyah. Jom bayar fidyah secara atas talian melalui e-MAIS. Sila klik pautan ini https://fpxv2.mais.gov.my/ SETIAUSAHA MAIS LAWAT PUSAT PENGAJIAN PONDOK BUSTANUL ARIFFIN DAN RUMAH MANGSA BANJIR, DAPATKAN STATUS TERKINI BAIK PULIH BANTING, 12 Julai – Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS),… Berita Penuh July 12, 2023 QURBAN MANIFESTASI KETAATAN KEPADA ALLAH YANG MAHA ESA Pada setiap tanggal 10 Dzulhijjah pada setiap tahun, semua umat… Berita Penuh July 10, 2023 PROGRAM LE TOUR PROGRAM TURUN PADANG MAIS KE KG. ORANG ASLI ULU MELAKA, SERENDAH SEMPENA BULAN MUALLAF TAHUN 2023 SERENDAH, 8 Julai – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh July 10, 2023 PROGRAM LE TOUR D’MASJID – MASJID TAMAN SERI MUDA, SEK. 25, SHAH ALAM SHAH ALAM, 6 Julai – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh July 10, 2023 PROGRAM PENCEGAHAN MASALAH SOSIAL REMAJA “REMAJA BERWAWASAN” TAHUN 2023 2 Julai, Banting – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh July 4, 2023
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor