Shah Alam: 23 Disember 2023, Bahagian Pendaftaran Muallaf dan Pembangunan PIBK, MAIS telah mengadakan Majlis Penutupan Program Tafaqquh Fiddin kepada pegawai di Pusat Pengurusan Pengislaman (PPP) MAIS sebanyak sebanyak 10 siri yang berlangsung dari bulan Mac 2023 dan berakhir pada 23 Disember 2023. Tajuk yang dibincangkan pada siri terakhir ini adalah Muallaf Dan Harta Pusaka. Antara topik menarik ialah1. Orang Islam mewarisi harta daripada bukan Islam2. Orang bukan Islam mewarisi harta orang Islam3. Kaedah urus harta pusaka kepada muallaf; dan4. Pengurusan wasiat kepada ahli keluarga yang bukan IslamPengisian kali ini disampaikan oleh YBhg. Ustaz Anuar bin Puteh yang merupakan Pensyarah Kanan, Pusat Kajisn Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Majlis perasmian penutupan Program Tafaqquh Fiddin Tahun 2023 telah disempurnakan oleh YBhg. Ustaz Suhaimi bin Ismail, Pengarah Sektor Pembangunan Sosial, MAIS. Beliau merakamkan ucapan tahniah kepada peserta yang terdiri daripada pegawai PPP, MAIS diatas komitmen yang diberi dalam menjayakan program ini. Beliau juga berharap program ini dapat diteruskan pada tahun depan pendekatan serta tajuk yang lebih menarik dan lebih fokus kepada isu-isu semasa yang terkait dengan kehidupanan muallaf sebagai seorang Muslim. Turut hadir dalam program ini ialah YBhg. Ustazah Hafizatulakmal binti Abdul Jalil, Ketua Bahagian Pendaftaran Muallaf dan Pembangunan PIBK, MAIS serta YBhg. Profesor Abdul Ghafar bin Don, Pensayarah Kanan, Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang juga merupakan panel penceramah Program Tafaqquh Fiddin. Bersempena dengan program ini, pihak MAIS telah membekalkan papan tanda akrilik dan wind flag kepada 29 PPP, MAIS yang terdiri daripada PIBK dan masjid. Ini adalah untuk menjadikan mercu tanda kepada orang awam berkaitan pengurusan pengislaman yang turut dibantu pelaksanaannya oleh PIBK serta masjid. Ini juga menjadikan salah satu usaha pihak MAIS untuk menzahirkan tanda penghargaan kepada pihak PIBK dan masjid yang turut membantu dalam melaksanakan salah satu perkhidmatan MAIS iaitu pendaftaran muallaf. MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN PROGRAM TAFAQQUH FIDDIN DAN PENYAMPAIAN PAPAN TANDA AKRILIK SERTA WIND FLAG KEPADA PUSAT PENGURUSAN PENGISLAMAN (PPP), MAIS 22 Dis-Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengagihkan kutipan fidyah… Berita Penuh December 23, 2023 AGIHAN FIDYAH MAIS TAHUN 2023 BERJUMLAH RM79,464.00 DIAGIH KEPADA 462 PENERIMA YANG LAYAK 22 Dis-Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengagihkan kutipan fidyah… Berita Penuh December 22, 2023 AGIHAN FIDYAH MAIS RM 80,668.00 DIAGIH KEPADA 469 PENERIMA YANG LAYAK PETALING, 21 Dis-Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengagihkan kutipan… Berita Penuh December 21, 2023 MAIS HASILKAN PENERBITAN PENYELIDIKAN BAGI ISU-ISU HAL EHWAL ISLAM SELANGOR SHAH ALAM, 20 Disember – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh December 20, 2023 HARI BERSAMA BAITULMAL MAIS DI MASJID AL-KHAIRIYAH, TAMAN SERI GOMBAK Gombak, 15 Disember 2023-Jumaat, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh December 15, 2023 Add Your Heading Text Here