Berita MAIS

MAIS TERIMA LAWATAN MITI DAN JKR SELANGOR
Shah Alam, 18 Julai – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini menerima lawatan dari Kementerian Pelaburan, Perdagangan & Industri (MITI) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor bertujuan mengadakan perbincangan bagi urusan penggunaan tanah Masjid Tebuk Mufrad bagi tujuan komuniti setempat. Delegasi lawatan seramai lapan orang diketuai oleh Puan Nor Kamisah Che Daud, Pengarah Kanan Bahagian Khidmat Pengurusan MITI disambut mesra oleh Dr Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS. Turut terlibat dalam lawatan ialah Encik Badrul Hisham Baharom, Pengarah Bahagian Bangunan JKR Selangor. Antara lain, pihak MITI dan JKR Selangor ingin mendapatkan pandangan dan pertimbangan dari MAIS mengenai pelaksanaan Kampung Angkat Madani MITI. Semoga perbincangan ini dapat mengeratkan hubungan baik antara MAIS dengan MITI dan JKR Selangor. Hadir sama ialah Tuan Haji Shah Ruddin Abd Hamid, Pengarah Ekonomi MAIS, wakil pegawai Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) dan wakil pegawai Bahagian Pengurusan Masjid JAIS. #mais #menjunjungamanah MAIS TERIMA LAWATAN MITI DAN JKR SELANGOR SHAH ALAM, 17 Julai – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh July 18, 2024 MAIS LANCAR KAD HIBAH SHAH ALAM, 17 Julai – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh July 17, 2024 MAIS ADAKAN LAWATAN KE UITM SHAH ALAM, 15 Julai-Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengadakan lawatan… Berita Penuh July 15, 2024 KAUNTER PENERANGAN BAITULMAL DAN PERUNDANGAN SYARIAH MAIS DIBUKA 11 Julai — Bagi meluaskan lagi informasi berkaitan kemudahan yang… Berita Penuh July 11, 2024 MAIS BUKA KLINIK GUAMAN SYARIE SECARA PERCUMA  11 Julai – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian… Berita Penuh July 11, 2024 Add Your Heading Text Here
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor