SABAK BERNAM, 14 Ogos – Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menerima kunjungan dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Menangani Gejala Sosial dan Lawatan Penanda Aras bersama Majlis Agama Islam Negeri dan Jabatan Agama Islam Negeri. Hasil keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Menangani Gejala Sosial Bil.1 baru-baru ini telah bersetuju untuk menjadikan Negeri Selangor sebagai tuan rumah bagi mesyuarat selanjutnya. Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menjadi pilihan bagi pelaksanaan mesyuarat sekaligus membuat lawatan penanda aras bagi memahami prosedur pengoperasian di peringkat negeri Selangor. Mesyuarat dipengerusikan oleh Dr. Ruslan Said, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM. Ahli mesyuarat yang hadir adalah seramai 45 orang terdiri daripada Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dari setiap negeri serta urusetia JAKIM. Pihak MAIS diketuai oleh Dr. Hjh Norraini Nordin, Pengarah Pembangunan Sosial mengalu-alukan kehadiran ahli mesyuarat dan sesi taklimat berkaitan Baitul Ehsan dan Rumah Pemulihan Majlis telah disampaikan oleh En. Fadzirul Akmal Bin Mohd Sharif , Ketua Bahagian Pemulian Al-Riqab. Ahli mesyuarat turut melawat sekitar Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan(MAIS) serta diperkenalkan produk-produk yang telah dibuat oleh pelatih semasa menjalani pemulihan dan perlindungan di sini. #mais #menjunjungamanah PROGRAM IHTIFAL PERDANA ASNAF RIQAB, BINA SAHSIAH JATI DIRI 300 PELATIH RUMAH PEMULIHAN RIQAB MAIS Hulu Yam Baru, 29 Ogos – Biarpun mereka merupakan pelatih… Berita Penuh August 29, 2024 MAIS TERIMA LAWATAN DARI MUIS Shah Alam – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menerima lawatan… Berita Penuh August 28, 2024 PENGURUSAN HARTA ISLAM BERKAITAN ANTARA WASIAT & HIBAH DI DEWAN HAMZAH, KLANG KLANG, 27 Ogos – Pihak MAIS melalui unit Baitulmal Daerah… Berita Penuh August 27, 2024 BENGKEL PENYELARASAN MODUL KEROHANIAN RUMAH PEMULIHAN RIQAB SHAH ALAM, 27 Ogos – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh August 27, 2024 PROGRAM TURUN PADANG PERKAMPUNGAN ORANG ASLI SONGKOK, HULU SELANGOR BATANG KALI, 25 Ogos – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh August 25, 2024 Add Your Heading Text Here