Berita MAIS

MAIS PRIHATIN MANGSA BANJIR DI NEGERI TERENGGANU DAN KELANTAN
Terengganu – Prihatin dengan nasib mangsa banjir yang terjejas di negeri Terengganu dan Kelantan dalam insiden bulan Disember 2023 yang lalu, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tampil menyumbangkan dengan nilai keseluruhan sebanyak RM280,000.00 bagi menyantuni mangsa-mangsa yang terkesan akibat banjir. Sumbangan RM280,000.00 itu meliputi peruntukan daripada Baitulmal MAIS, Jabatan Mufti Negeri Selangor (JMNS), Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS), Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor (JPSS), Lembaga Zakat Selangor (LZS), Perbadanan Wakaf Selangor (PWS), Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE), Bakti Suci Holdings Sdn Bhd (BSHSB) dan Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS). Sumbangan diserahkan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dengan masing-masing menerima sumbangan sebanyak RM140,000.00. Daripada jumlah sumbangan RM140,000.00 tersebut, masing-masing menerima sumbangan berbentuk wang tunai sebanyak RM75,000.00, 500 pek makanan asas dengan nilai RM25,000.00 dan sumbangan wakaf fisabilillah bagi baik pulih 2 buah masjid berjumlah RM40,000.00. Penerima sumbangan wakaf bagi baik pulih masjid adalah Masjid Rantau Panjang, Masjid Batu Tiong di Terengganu dan Masjid Teluk Rejuna dan Masjid Mukim Bendang Pok Yang di Kelantan. Sumbangan MAIS ini adalah bertujuan sebagai tanda solidariti di antara Majlis Agama Islam Negeri-Negeri (MAIN) bagi menyantuni mangsa yang terkesan akibat banjir di samping memenuhi maslahah ummah terutama dalam membantu berkaitan keperluan mangsa bagi meringankan bebanan mereka. MAIS amat prihatin dengan keperluan maslahah ummah khususnya di negeri Terengganu dan Kelantan dan apabila berlaku ujian seperti ini, MAIS, agensi dan anak syarikat akan segera memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Sebelum ini, pada Januari 2023, MAIS, agensi dan anak syarikat telah menyumbang sebanyak RM200,000.00 bagi membantu mangsa banjir di Terengganu dan Kelantan dalam kejadian 21 Disember 2022. Misi penyerahan sumbangan kali ini diketuai oleh Encik Zaharudin Salim, Ketua Audit Dalam MAIS. Turut hadir, Encik Nur Mohd Razali bin Abdullah, Pengurus Besar Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE); Encik Mohd Hasnul Redza bin Abdul Rahim, Pengurus Besar Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS), Noormala Mohd Saad, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat MAIS dan wakil-wakil Jabatan-Jabatan Hal Ehwal Islam Selangor, agensi dan anak syarikat MAIS. #mais #menjunjungamanah  MAIS PRIHATIN MANGSA BANJIR DI NEGERI TERENGGANU DAN KELANTAN Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melancarkan Pelan Anti Rasuah khusus… Berita Penuh January 22, 2024 MAIS LANCAR PELAN ANTI RASUAH, BENTUK WARGA KERJA BERINTEGRITI TINGGI Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melancarkan Pelan Anti Rasuah khusus… Berita Penuh January 17, 2024 MAIS NAIB JOHAN KESELURUHAN KEJOHANAN SUKAN MAIS AGENSI DAN ANAK SYARIKAT SHAH ALAM, 13 Januari- Selaku tuan rumah yang menganjurkan Kejohanan… Berita Penuh January 13, 2024 KULIAH MAGHRIB KHAS KUALA LUMPUR, 12 Januari – Telah dilaksanakan program dakwah Kuliah… Berita Penuh January 12, 2024 MAIS DIJEMPUT UNTUK TAKLIMAT KURSUS PENGURUSAN HARTA DAN PERANCANGAN PEWARISAN SHAH ALAM, 10 Januari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh January 10, 2024 Add Your Heading Text Here
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor