TANJUNG MALIM, 8 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Pentadbiran telah menganjurkan Kursus Pemandu Pegawai Majlis Agama Islam Selangor bagi Tahun 2024 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim. Seramai 31 orang peserta dikalangan pegawai sebagai pemandu, penyelia kenderaan dan yang diberi kuasa memandu terlibat dalam kursus ini yang diadakan selama 3 hari 2 malam bermula 8 – 10 November yang lalu. Kursus yang diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada peserta bagi meningkatkan ilmu berhubung prosedur dan tatacara pengendalian kenderaan. Selain itu, kursus ini juga memberi pendedahan kepada peserta bagi mempelajari ilmu-ilmu pemanduan berhemah dan pengendalian kenderaan pacuan empat roda (4×4). Perasmian kursus telah disempurnakan oleh Ustaz Suhaimi bin Ismail, Pengarah Khidmat Pengurusan MAIS. Dalam ucapannya beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pegawai yang terlibat dalam kursus ini. Beliau turut memberikan kata-kata semangat kepada peserta dalam mendepani cabaran dalam tugasan sebagai pemandu. #mais #menjunjungamanah #kursuspemandu TAHNIAH KEJAYAAN MAIS RANGKUL ANUGERAH EMAS DI ICQCC, SRI LANKA TANJUNG MALIM, 8 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh November 12, 2024 KURSUS PEMANDU PEGAWAI MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR 2024 TANJUNG MALIM, 8 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh November 8, 2024 84 MAHASISWA DAN MAHASISWI UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM) TIMBA PENGALAMAN DI MAIS SHAH ALAM, 8 November – Seramai 84 mahasiswa dan mahasiswi… Berita Penuh November 8, 2024 LAWATAN AKADEMIK FAKULTI SENIBINA UITM CAWANGAN PERAK KE PUSAT INFORMASI ISLAM MAIS (PIIM) SHAH ALAM, 7 Nov – Seramai 42 orang pelajar semester… Berita Penuh November 7, 2024 KURSUS PEMANTAPAN PEMBIMBING RIQAB NEGERI SELANGOR SIRI 1/2024 Subang Jaya, 27 Oktober – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh October 27, 2024 Add Your Heading Text Here