Berita MAIS

KUNJUNGAN HORMAT BAITUL EHSAN KE PEJABAT ORANG BESAR DAERAH SABAK BERNAM
Sabak Bernam, 21 Februari 2024- Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan MAIS hari ini telah mengadakan lawatan Kunjungan Hormat ke Pejabat Orang Besar Daerah Sabak Bernam bagi sesi penerangan fungsi dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Rumah Pemulihan Majlis kepada masyarakat untuk disebar luas kepada semua agensi dan masyarakat di Daerah Sabak Bernam khususnya. Deligasi Baitul Ehsan seramai 5 orang diketuai oleh Puan Nazatushima binti Osman, Penguasa Baitul Ehsan MAIS disambut mesra oleh Y.D.H. Dr. Haji Paridul Adras bin Ismail , Orang Besar Daerah Sabak Bernam. Turut serta dalam sesi lawatan ini adalah Puan Noor Huda binti Tajudin, Pegawai Psikologi MAIS, Puan Faezatul Aimi binti Nurdin, Eksekutif Pentadbiran MAIS, Puan Baizura binti Baharudin, Eksekutif Operasi MAIS serta Encik Muhamad Hafiz bin Maslan, Eksekutif Pembangunan Pelatih MAIS. Kunjungam dua hala ini bertujuan untuk berkongsi maklumat mengenai fungsi dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Rumah Pemulihan Majlis serta perbincangan dan kerjasama yang boleh dijalinkan bagi membantu masyarakat yang terbelenggu dengan gejala sosial dan akidah. Turut dicadangkan agar Baitul Ehsan boleh turut serta dalam membuka kaunter penerangan dalam semua program-program yang dianjurkan diperingkat daerah supaya orang ramai tahu peranan MAIS dalam membantu pemulihan bagi asnaf Riqab yang ingin kembali ke pangkal jalan selaras dengan aspirasi MAIS untuk membangun dan melaksanakan program syiar Islam yang berimpak tinggi serta dijadikan contoh oleh organisasi Islam yang lain. DYMM SULTAN SELANGOR BERKENAN SERAH WATIKAH PELANTIKAN ANGGOTA MAIS, ANGGOTA JAWATANKUASA FATWA NEGERI SELANGOR, AHLI LEMBAGA PEMEGANG AMANAH LEMBAGA ZAKAT SELANGOR, ANGGOTA PANEL HAKIM MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH SELANGOR DAN HAKIM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH SELANGOR SHAH ALAM, 23 Februari – Duli Yang Maha Mulia Sultan… Berita Penuh February 23, 2024 JEMPUTAN CERAMAH BERKAITAN KEPENTINGAN MELAKSANAKAN FIDYAH DI MASJID TAMAN RAKAN CHERAS KAJANG HULU LANGAT, 22 Feb – Pihak MAIS melalui Sektor Baitulmal… Berita Penuh February 22, 2024 KUNJUNGAN HORMAT BAITUL EHSAN KE PEJABAT ORANG BESAR DAERAH SABAK BERNAM SHAH ALAM, 23 Februari – Duli Yang Maha Mulia Sultan… Berita Penuh February 21, 2024 MAIS RAI RAKAN MEDIA DAN RAKAN STRATEGIK SHAH ALAM, 21 Februari — Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh February 21, 2024 MAIS BEKERJASAMA DENGAN 298 RAKAN STRATEGIK SHAH ALAM, 21 Februari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh February 21, 2024 Add Your Heading Text Here
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor