[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM 19 Disember – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menerima kunjungan dari Yayasan Pelajaran Mara (YPM) bertujuan untuk memperkenalkan YPM dari segi peranannya dalam membantu meningkatkan kecemerlangan pendidikan bagi anak-anak melayu dan bumiputra miskin termasuk anak-anak asnaf sama ada di dalam bandar atau luar bandar.
Selain itu, YPM juga berhasrat untuk membentangkan Kertas Cadangan Perancangan Aktiviti YPM Tahun 2020 bagi menjalinkan program kerjasama dengan MAIS khusus dalam bantuan pendidikan.
Lawatan ini disertai seramai empat orang pegawai diketuai oleh Encik Zainal Rashid bin Zakaria, Ketua Bahagian Pembangunan Dana YPM. Lawatan kerja ini ternyata dapat memberi manfaat kepada kedua belah pihak terutama dalam bantuan pendidikan kepada asnaf yang memerlukan dan secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan dua hala di antara MAIS dengan YPM.
Perbincangan dipengerusikan oleh Dr. Haji Ahmad Shahir bin Makhtar, Setiausaha MAIS. Turut serta dalam perbincangan adalah wakil pegawai Lembaga Zakat Selangor (LZS), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).
[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”2483″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”2487″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”2486″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][vc_single_image image=”2488″ img_size=”full” onclick=”img_link_large”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]