TURUN PADANG PENGERUSI MAIS DAERAH KLANG:
TURUN PADANG PENGERUSI MAIS DAERAH KLANG:

Klang, 16 Jun – Program turun padang Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin Saidin, diteruskan dengan mengadakan lawatan ke daerah Klang pada 16 Jun 2025 bertujuan mengenalpasti isu hal ehwal Islam di sini.
Â
Program turun padang selama sehari ini dimulakan dengan lawatan ke Pejabat Agama Islam Daerah Klang.
Delegasi disambut mesra oleh Ustaz Lukman Mohd Hosni, Pegawai Tadbir Agama Daerah Klang dan mengalu-alukan kehadiran Pengerusi MAIS. Beliau turut membentangkan perkembangan hal ehwal Islam di daerah Klang.
Â
Pengerusi MAIS mengucapkan penghargaan terima kasih di atas kesudian pihak PAID Klang menerima dan menguruskan lawatan Pengerusi MAIS di daerah Klang pada kali ini.
Â
Dalam ucapan beliau seperti di PAID yang lain, beliau turut mengingatkan pengurusan di sini agar sentiasa peka dengan isu dan persepsi awam terhadap agama Islam dapat ditangani segera, memelihara imej Islam, memantau ajaran sesat, memastikan pusat penyembelihan mempunyai tauliah dan sebagainya.
Â
Lawatan diteruskan ke Masjid al Bakri, Bukit Naga untuk meninjau keadaan bangunan, fasiliti yang memerlukan penambahbaikan, ruang solat dan ruang aktiviti di masjid berkenaan.
Â
Seterusnya lawatan ke Sekolah Rendah Islam Institut Taufiq Islami bagi melihat situasi terkini di sekolah tersebut. Di sekolah tersebut juga beberapa penambahbaikan perlu juga dilaksanakan antaranya kemudahan infrastruktur dan baik pulih struktur bangunan bagi kemudahan pelajar di sana.
Â
Kemudian, lawatan di Baitul Salam. Pengerusi MAIS dapat melihat perkembangan pendidikan dan bimbingan asnaf muallaf di sini.
Â
Seterusnya lawatan ke tapak pembinaan Kompleks Anak Yatim di Pulau Indah bagi melihat sendiri proses terkini pembangunan kompleks tersebut.
Â
Dalam lawatan di kompleks berkenaan, Pengerusi MAIS di sambut mesra oleh Tuan Nur Mohd Razali Abdullah, Pengurus Besar, Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).
Â
Antara pengisian sepanjang lawatan ini ialah perkongsian taklimat ringkas pentadbiran dan situasi semasa di setiap institusi yang terlibat serta penyelesaian terhadap isu-isu yang dikenalpasti.
Â
Turut hadir dalam lawatan ini adalah Hajah Nurhani Salwa Jamaluddin, Timbalan Setiausaha Dasar dan Pengurusan MAIS; Ustaz Anuar Hamzah Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Wakaf Selangor; Tuan Haji Shah Ruddin Abd Hamid, Pengarah Ekonomi; Dr. Hajah Norraini Nordin, Pengarah Pembangunan Sosial; barisan pengurusan MAIS, PAID Daerah Klang, Lembaga Zakat Selangor, masjid dan surau yang terlibat.
Â
SEPANG, 23 Jun – Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS),...
PUNCAK ALAM – Program turun padang Pengerusi Majlis Agama Islam...
Shah Alam, 18 Jun – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
Sabak Bernam – Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Majlis Agama...
Klang, 16 Jun – Program turun padang Pengerusi Majlis Agama...