[vc_row][vc_column][vc_column_text]SHAH ALAM, 26 Julai 2021- Bagi memastikan urusan bersama pelanggan tetap dapat dilaksanakan dengan baik, Majljs Agama Islam Selangor (MAIS) akan meneruskan operasi yang melibatkan perjumpaan dengan pelanggan melalui JANJI TEMU bermula 26 Julai ini.
Waktu urusan bersama pelanggan yang telah mendapat tarikh janji temu adalah dari jam 9.30 pagi hingga 3.30 petang.
Janji temu tersebut bolehlah dibuat menerusi nombor telefon yang disediakan.
Walau bagaimanapun, orang ramai amat digalakkan berurusan melalui laman web rasmi MAIS di www.mais.gov.my untuk pelbagai perkhidmatan atas talian.
Untuk info lanjut orang ramai juga boleh menghubungi Bahagian Komunikasi Korporat MAIS di talian 03-5514 2175.
Marilah sama-sama kita mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang digariskan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) agar wabak COVID-19 ini dapat ditangani bersama khususnya di Negeri Selangor dan Malaysia amnya.
Semoga kita semua dilindungi dan dijauhkan daripada wabak COVID-19 ini.
[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]