“TERIMA KASIH KERANA MUDAHKAN MASYARAKAT URUS WASIAT & HIBAH”

“TERIMA KASIH KERANA MUDAHKAN MASYARAKAT URUS WASIAT & HIBAH”

442511491 828402955871572 5181576574188713081 n
“Terima kasih MAIS kerana mudahkan masyarakat urus Wasiat dan Hibah,”. Itulah ungkapan ringkas tetapi penuh penghargaan oleh Encik Zulhilmi Mat JAIS, penerima anugerah Perancang Pewarisan Islam (PPI) Terbaik Bagi Tahun 2023.
 
Encik Zulhilmi Mat Jais, 32 merupakan pegawai Pejabat Agama Islam Daerah Gombak aktif bersama MAIS sejak tahun 2022 dalam menyebarluaskan perkhidmatan MAIS terutama membantu pelanggan dalam membuat pendaftaran Wasiat dan Hibah.
 
“MAIS telah membuat satu sistem yang mudah untuk masyarakat terutama dalam perkhidmatan Wasiat dan Hibah iaitu Sistem Siswa. Ia memudahkan dan membantu PPI juga untuk orang ramai yang ingin membuat pendaftaran.
 
“Alhamdulillah saya mengucapkan syukur terima kasih atas penghargaan yang diberikan oleh MAIS. MAIS sentiasa memberikan saya semangat untuk terus jadi PPI yang terbaik,” katanya.
 
Encik Zulhilmi menerima anugerah PPI terbaik oleh MAIS dalam Majlis Jalinan Ukhwah Aidilfitri Bersama Rakan Strategik MAIS Tahun 2024. Selain beliau, empat orang PPI yang dipilih turut menerima anugerah berdasarkan pendaftaran pelanggan tertinggi dalam perkhidmatan Wasiat dan Hibah.
 
MAIS amat menggalakkan orang ramai turut mendaftar sebagai sebagai PPI melalui
https://siswa.mais.gov.my/register/agent bagi membantu MAIS menyebarluaskan lagi perkhidmatan serta mengambil peluang meningkatkan pengetahuan berkaitan pengurusan harta serta menambah pendapatan melaluinya.
 
Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi nombor di talian 03-5514 3772 atau WhatsApp 010251 9556.
 

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor